Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

MINTA PERTOLONGAN KEPADA ALLAH.

MINTA PEROLONGAN KEPADA ALLAH. Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meminta pertolongan dari-Nya dalam sembahyang dan dalam bersabar. Sungguh pun nampak saja sembahyang itu mudah (bacaannya pun mudah, perbuatan berdiri, rukuk dan sujud pun mudah) tetapi kalau Allah tidak bantu, kita akan merasa berat untuk bersembahyang. Mungkin kita sanggup membuat kerja-kerja berat tetapi tidak mampu untuk bersembahyang. Kerana itulah Allah perintahkan kepada kita supaya meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah:  Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45). Bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang di rezkikan berada didalam jemaah kebenaran. Berusahalah untuk mempertahankan nikmat itu dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran yang Tuhan datangkan. Kekuatan memohon pertolongan didalam sembahyang dan kekuatan sabar yang dapat dari sembahyang dibawa

FORMULA MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

FORMULA MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN Maksud Firman Allah: Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah (iaitu berhubung dengan Allah) dan adanya sebab dari manusia. (Iaitu berhubung dengan manusia). (Ali Imran 3:112). Maksud hadis Nabi SAW: Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."  Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"  Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawa

SYAITAN MENITI ATAS NAFSU MENYESATKAN MANUSIA.

SYAITAN MENITI ATAS NAFSU MENYESATKAN MANUSIA. Terima kasih Tuhan kerana perkongsian panduan ini masih Engkau izinkan lagi moga-moga dibaki masa ini Engkau Tuhan beri ilmu kepada kami supaya bertambah ilmu, iman dan taqwa. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita dapat ini semua, kita banyakkanlah bersyukur dengan Tuhan dan berselawat dengan Rasulullah SAW. Maksud Firman Allah: "...dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah,2:208). Maksud hadis : Tabrani dalam satu riwayatnya menyebutkan bahawa ada empat jenis hati: Pertama, hati yang permukaannya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yang menerangi. itulah hati orang mukmin. Kedua, hati yang hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang kafir. Ketiga, hati yang tertutup dan terikat dalam sampul, iaitu hati orang munafik. Keempat, hati yang pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur kemunafikan. Perumpamaan keimanan yang ada padanya sep

CAHAYA KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA.

"Pemimpin sejati ialah orang yang berada di tengah kehidupan pengikutnya, bukan yang berada di majlis-majlis rasmi." Abuya Imam Ashaari At Tamimi sering mengingatkan kita bahawa tugas kepimpinan merupakan tanggungjawab, bukan jawatan kebanggaan. Pemimpin adalah khadam ummah, yakni menjadi khalifah Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Inilah falsafah kepimpinan dalam Islam menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Perjuangan Abuya mendapat sokongan tokoh ulama Hadis. Beliau bernama Syeikh Abdullah bin Shiddiq Al-Ghumari Al-Idrisi. Abuya berjumpa beliau dalam lawatan Abuya ke Maghribi (Morocco) tahun 1987.Beliau adalah seorang penghafal Hadits termasyhur pada abad 20 sehingga disebut Grand Muhaddits dan dikenali sebagai seorang wali ALLAH. Tidak kurang dari 100.000 Hadits telah dihafal oleh beliau matan dan sanad-nya dari Rasulullah SAW hingga pada beliau. Beliau terkenal sebagai peneliti tentang Hadits-hadits mengenai Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim (Al-Fata At-Tamimi) dalam ki

KAEDAH PENYAMPAIAN ABUYA MUDAH DAN MENARIK.

KAEDAH PENYAMPAIAN ABUYA MUDAH DAN MENARIK. Abuya menyampaikan ilmu mengikut keupayaan akal fikiran mereka yang mengikuti kelas pengajiannya. Ketika mengajar menggunakan kitab bahasa arab untuk kelas pengantar dalam bahasa arab. Bagi kelas Qismud dakwah bahasa pengantarnya bahasa melayu maka dengan pendekatan yang mudah. Begitu juga ketika sesi pelajaran tasauf, Abuya membuat satu pendekatan yang mudah kita fahami. Dengan didatangkan kiasan perkara yang di jelaskan tidak perlu panjang lebar. Lebih-lebih lagi pelajaran tauhid yang sulit tetapi dengan cara penyampaian perkara yang berat tadi menjadi rengan, yang susah menjadi mudah. Contoh Abuya buat kiasan jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia.  Jadi mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tetapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin, yaitu jiwa, fikiran, kepakaran, kecenderungan, watak, nafsu, dan kekuatan yang ada pada diri

KEBENARAN ITU AJAIB DAN HEBAT.

KEBENARAN ITU AJAIB DAN HEBAT. Abuya membuka model perkampungan Islam yang berada di beberapa tempat di seluruh negara. Iaitu didalam perkampungan tersebut yang melagang Islam is the way of live. Sebelumnya Abuya membuka markaz-markaz terlebih dahulu untuk memudahkan masyarakat bertemu Abuya.  Markaz adalah tempat tumpuan awal masyarakat mengenali perjuangan Abuya. Ketika itu Abuya mempunyai 158 buah markaz. Markaz pertama dibuka pada tahun 1968 di Kampung Dato Keramat Kuala Lumpur. Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Kini setelah umur perjuangan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi menjangkau usia 48 tahun. Pengaruh perjuangan Abuya telah melebar hampir keseluruh dunia dengan pembangunan rohani dan tamadun material. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Kalau bukan era kebangkitan semula Islam yang dijanjikan melalui lidah Rasulullah SAW masakan perjuangan Abuya yang berat ini sempat berum

MISI DARI TIMUR CINTAI TUHAN KASIH SESAMA MANUSIA.

Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang. Kita boleh lihat model tersebut ada pada diri Abuya Ashaari At Tamimi sebagai model pemimpin sejati, yang dididik oleh Tuhan, mestilah juga dia menjadi seorang guru kepada muridnya, seorang kawan yang setia kepada pengikutnya hingga jadilah dia Ibu Ayah yang tempat kaumnya untuk berlindung dan mengadu. Pribadi pemimpin seperti inilah yang telah Rasulullah contohkan kepada umatnya. Kep

PERJUANGAN ERA MEKAH DAN ERA MADINAH.

Hampir setengah abad bukanlah satu jangkamasa yang pendek bagi sesebuah jemaah yang memperjuangkan Islam.  46 tahun usia perjuangan Abuya, sudah cukup untuk kita mengkaji keberhasilan perjuangan sesebuah jemaah. Tidaklah semestinya tahap yang sama apa yang berlaku kepada kebangkitan pertama. Saya ingin berkongsi antara mata pelajaran "ULUM AL-QURAN" yang pernah di ajarkan oleh Abuya kepada kami pelajar awal seramai 10 orang pelajar ketika di Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur. Terdiri dari 5 orang pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan. Di antara nama-nama mereka ialah Fakhrur Razi bin Ashaari, Muhammad Yasin berasal dari Melaka, Wan Saufi adalah adik kepada Wan Abdur Rasyid abangnya orang awal bersama Abuya ketika membuka perkampungan Islam Sunagai Penchala Damansara Kuala Lumpur berasal dari Kelantan, Muhammad Khomsin dari Johor, Muhammad Azman bin Atan berasal dari Johor. Pada kebangkitan Islam pertama di zaman Rasulullah, dalam tempoh 10 tahun sahaja Rasulullah telah

MELIHAT DENGAN HATI AKAN TERCUNGKIL HIKMAH TERSIRAT.

MELIHAT DENGAN HATI AKAN TERCUNGKIL HIKMAH TERSIRAT. Salah satu cara Abuya menyuburkan roh atau hati kita dengan bermusafir atau berxpdc. Ianya di buat didalam negeri dan luar negara. Ketika kita bermusafir dan berxpdc, fizikal mental dan roh kita di hidupkan. Abuya akan memberikan maklumat disatu-satu tempat atau sejarah tempa-tempat yang di kunjungi. Sekaligus ada fakta-fakta sejarah yang telah diputar belitkan oleh musuh Islam terutamanya yahudi terus dibetulkan. Pemandangan alam ciptaan Tuhan yang indah dapat menyentuh perasaan dan jiwa kita terhubung hati dengan Tuhan. Kesenangan dan kesusahan dalam perjalanan akan melahirkan jiwa yang kental, berdisiplin dan sabar. Fizikal dididik aktif, cergas dan kemas.  Manusia yang tidak melihat dengan mata hati, tempat-tempat yang dia lihat itu tidak akan beri apa-apa kesan. Kejadian dan mala petaka yang Tuhan lakukan di sesuatu tempat itu tidak meruntun kepekaannya. Seolah-olah tidak ada lagi rasa gerun di hatinya. Bahkan dia merasakan bera

AKIBAT MANUSIA TIDAK MENGENAL DIRINYA.

AKIBAT MANUSIA TIDAK MENGENAL DIRINYA. Manusia kalau tidak dididik rohaninya dari kecil, hanya diberi ilmu syariat lahir-lahir sahaja dia akan kenal orang lain dari dirinya. Dia akan nampak kelemahan orang lain dari kelemahan dirinya. Dia akan nampak mazmumah orang lain dari mazmumah dirinya. Contoh dia nampak sombong  orang lain dari sombong dirinya. Dia nampak orang lain malas dan tak nampak malas pada dirinya. Dia nampak bakhil orang lain tak nampak sifat bakhil pada dirinya. Dia nampak ujub orang lain dan tak nampak ujub ada pada dirinya. Dia nampak hasad dengki orang lain dan hasad dengki pada dirinya tak nampak. Dia nampak takabur pada orang lain dan tak nampak takabur pada dirinya. Dia nampak ujub pada orang lain dan tak nampak ada pada dirinya. Dia nampak cinta dunia pada orang lain dan tak nampak cinta dunia ada pada dirinya begitulah contoh -contoh yang lain-lain. Dari Ibnu Mubarak dan Khalid bin Ma’dan, mereka berkata Rasulullah bersabda: dari Mu’adz bin Jabal, Hadits manaka

BILA HATI LEMAH KITA MENJADI LALAI DAN MALAS.

BILA HATI LEMAH KITA MENJADI LALAI DAN MALAS. Pengalaman Abuya berdakwah ke seluruh pelusuk ceruk pendalaman, kampung, bandar di Malaysia. Bertemu dengan bermacam-macam watak dan ragam manusia. Pergi berdakwah menggunakan kenderaan jalan darat, menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai dan menggunakan kapal untuk menyeberangi laut. Mengimbau kembali Abuya Ashaari At Tamimi berdakwah di kawasan felda Pahang yang baru di buka dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ada kalanya menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling, berdakwah di Ulu Tembeling Jerantut Pahang. Begitu juga Abuya berdakwah di Kedai Buluh Kelantan. Suasana persekitaran nyaman perkampungan, bot-bot nelayan tempatan yang sentiasa menyusuri sungai untuk keluar ke laut melalui Kuala Besar dan pemandangan matahari terbenam dan terasa keindahan ciptaan Tuhan berupaya mewujudkan tarikan tersendiri yang jarang terdapat di lain-lain tempat. Firman Allah: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi s

PERJUANGAN ABUYA IBARAT TAMAN YANG INDAH.

PERJUANGAN ABUYA IBARAT TAMAN YANG INDAH. Istilah Islam, Melayu dan Nusantara ini sering atau kerap kita dengar. Walaupun secara umumnya ia berkaitan dengan orang yang beragama Islam, namun maksudnya tidak sama. Terdapat perbezaan di antara orang Melayu Islam, orang mukmin dan orang bertaqwa.  Orang yang masuk agama Islam tidak dikatakan masuk iman atau dikatakan orang mukmin. Orang yang masuk Islam tidak diistilahkan sebagai orang yang beriman. Lebih-lebih lagi dia tidak dikatakan orang yang bertaqwa. Istilah yang dipakai ialah dia orang Islam atau muslim. Secara umumnya, itulah umat Islam. Mereka tidak dikaitkan dengan iman dan taqwa. Iman dan taqwa adalah perkara yang berbeza. Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak bole

ABUYA MEMBANGUNKAN ISLAM YANG BERWIBAWA.

ABUYA MEMBANGUNKAN ISLAM YANG BERWIBAWA. Perjuangan Abuya Ashaari At Tamimi menyelamatkan hati manusia daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Abuya mengajak kita tampil di tengah masyarakat moden dengan penampilan yang berwibawa dan eksklusif. Kini keluarga Abuya meneruskan cita-cita perjuangan Islam yang telah Abuya cetuskan. Kita mengimbau kembali ketika Abuya Ashaari At Tamimi membuka model perkampungan Islam di Kampung Sungai Pencala Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1974 bersama-sama kawan-kawannya ketika itu. Dengan tujuan untuk membangunkan model kehidupan Islam secara menyeluruh. ( كافة ) Islam is the way of live atau secara kebulatan, menyeluruh (شمول) bukan secara serpihan. Abuya menggerakkan team keluar berdakwah. Ada pula team jentera yang menggerakkan pendidikan Islam. Ada team sebagai jentera menggerakkan model ekonomi Islam. Begitu juga ada team sebagai penggerak kebudayaan Islam dan begitullah seterusnya. Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini, telah lahir dan