Langkau ke kandungan utama

AMAL IBADAH, WIRID DAN ZIKIR BOLEH MERAWAT JIWA.



(Majlis zikir Tareqat Di Masjid Hussain Mesir.)

(Abuya solat berjemaah di hotel bersama tetamu.)


(Majlis zikir dan tahlil Abuya bersama keluarganya).


Setiap perkara atau amalan ada disiplin dan peraturannya tersendiri. Samaada perkara maknawiah atau perkara lahiriah. Begitu juga hendak membangunkan tamadun rohani dan tamadun material. Contoh ibadah haji, Sempurnakanlah haji dan umrah untuk Allah…” (Al Baqarah 2:196). Pelaksanaan haji ada tata cara haji, atau peraturan dan disiplin amal rukun, amal wajib dan amal sunnah. Begitu juga sembahyang atau solat fardu serta rukun-rukun qalbi, fe'li dan qaulinya. Supaya amalan sembahyang atau solat begitu juga, ada peraturan dan disiplinnya yang telah Tuhan tetapkan. 

Perintah Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih  sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini pula Al-Qur’an diturunkan. Sebagaimana Allah ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (QS. Al Baqarah [2] : 185)


Dalam membangunkan material juga ada peraturan dan disiplinnya. Contoh ketika kita berada dijalan raya, bagi yang berjalan kaki, berkenderaan semuanya ada peraturan dan disiplin. Ketika lampu isyarat berwarna merah semua dikendaki berhenti dan ketika berwarna hijau semua kenderaan dikehendaki bergerak. Cuba kita bayangkan kalu ada yan tidak ikut disiplin dan peraturan. Yang sepatutnya berhenti sebab berwarna merah tetapi dia bergerak dan sepatutnya bergerak sebab lampu isyarat berwarna hijau tetapi dia berhenti, apakah akan terjadi.


Begitu juga peraturan dan disiplin didalam rumah orang Islam. Ada ruang tidur khusus untuk anak-anak, bagi anak lelaki dan anak perempuan dipisahkan tempat tidur mereka. Ada pula bilik khusus untuk ibu ayah dan anak-anak tidak boleh tidur sekali.  Sekarang ada peningkatan kalau di Malaysia ada ruang maklumat tentang penyusunan rumah mengikut sunah, ini adalah berkat kebangkitan Islam. Begitu juga adap disiplin dan peraturan berdakwah, semuanya sudah lengkap diaturkan didalam Islam. Kata hikmah:" Kebenaran yang tidak berdisiplin dan tidak ada peraturan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berdisiplin dan berperaturan."


Perbincangan kita dalam artikal khusus tentang wirid dan zikir juga ada disiplin dan peraturannya. Setiap amalan tariqat ada disiplin dan peraturannya sendiri. Contoh tariqat Naqsyabandiyah ada bacaan wiridnya sendiri dan tidak sama dengan amalan tariqat yang lain. Kita hendak menuju ke selatan kita kena ikut penunjuk arah dijalan arah ke selatan dan tidak boleh sesuka hati, kita paksakan diri kita ikut tunjuk arah jalan tersebut barulah sampai ke distinasi yang kita tuju.


Firman Allah:

        ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ  ﴿٢٨﴾

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Ra'd 13:28).

Mengenai perkara ini, Imam Ghazali RA berkata betapa kalau kita ada buat amalan tambahan sama ada sembahyang sunat, berwirid dan berzikir yang bermacam-macam bentuk, cuba perhatikan amalan-amalan itu. Mana satu yang benar-benar memberi kesan kepada roh dan jiwa kita, amalan itulah yang perlu diperbanyakkan. Ini adalah kerana, tujuan kita berwirid, berzikir dan melakukan lain-lain amal ibadah untuk mengingati Allah hingga terasa kepada hati. Bila hati benar-benar mengingati Allah, maka hati itu akan mendorong kita melaksanakan segala perintah-Nya.


Sebab itulah dalam kita melakukan ibadah-ibadah yang sunat, kita mestilah melakukan ibadah-ibadah yang benar-benar kita faham dan mampu melakukannya. Katalah kita tidak mampu memperbanyakkan sembahyang sunat kerana letih dan sebagainya, kita boleh membanyakkan doa atau wirid atau zikir. Kemudian kita amalkan benar-benar hingga terasa ke dalam jiwa kita. Umpamanya, kalau membaca subhanallah (سبحان الله) boleh memberi kesan kepada jiwa kita, maka bacalah ia banyak-banyak. Dengan kita membaca ia banyak-banyak, maka akan kuatlah hati kita. Yang malangnya di akhir zaman ini, ramai juga orang yang berwirid dan berzikir tetapi amat sedikit yang faham akan fungsi wirid dan zikir itu. Sebab itulah mereka sekadar membacanya begitu saja tetapi amalan itu tidak memberi kesan kepada jiwa. 


Kadang-kadang kita dapati lebih banyak mereka berwirid dan berzikir tetapi amat sedikit yang faham akan fungsi wirid dan zikir itu. Sebab itulah mereka sekadar membacanya begitu saja tetapi amalan itu tidak memberi kesan pada jiwa. Kadang-kadang kita dapati lebih banyak mereka berwirid dan berzikir, lebih ramai orang benci. Apakah sebabnya? Ini adalah kerana, mereka yang banyak berwirid dan berzikir itu tadi, hasad dengkinya masih bersarang, sombong, ujub, riyak dan gila dunia masih ada lagi di dalam diri, manakala maksiat pula makin bertambah-tambah. Sebab itulah makin banyak dia berwirid, makin dia dibenci orang.


Kumpulan zikir lebih dikenali dengan jamaah Tariqat. Di Mesir kini terdapat puluhan Tariqat Sufi yang muktabar dengan dengan ahlinya jutaan orang. Zikir rutin berbagai tariqat banyak yang berisi pujian pada Nabi dan ahlul baitnya. Maka, makam sejumlah tokoh yang diyakini keturunan Nabi selalu ramai diziarahi pengikut berbagai Tariqat termasuk makam Syekh Badawi. Umumnya di Timur Tengah mereka lebih banyak menggunakan masjid tempat berzikir. Program zikir yang sempat kami ikut serta program zikir di masjid Hussain Mesir. Umumnya selepas sembahyang Jumaat majlis zikir di mulakan hingga malam. Selepas program mereka yang hadir dijamu makan oleh penganjur.


Oleh itu, kata-kata Imam Ghazali di atas tadi hendaklah dijadikan panduan dalam kita beramal. Mana-mana amal yang boleh mendatangkan kesan kepada hati kita hingga berkesan pula kepada peribadi kita, maka amalan itu kita perbanyakkan. Samalah seperti kita mencuba berbagai jenis ubat untuk semua penyakit. Manakala kita mendapat ubat yang tepat dan yang boleh memberi kesan kepada penyakit kita, maka ubat itulah yang kita kekalkan memakainya. Wirid dan zikir adalah untuk mengubar penyakit batin atau jiwa. Mana-mana yang benar-benar dapat memberi kesan kepada hati, bererti itulah yang telah dapat mengubat hati kita. Maka amalan itulah yang mesti kita perbanyakkan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N