Setelah Abuya memulakan perjuangan dakwahnya pada awal tujuh puluhan, penerimaan masyarakat semakin meluas. Dakwah Abuya terus mantap dan berkembang begitu laju. Hampir semua ceruk pekan dan bandar Abuya berceramah. Kursus-kursus kefahaman Islam yang dianjurkan semakin mendapat sambutan. Lalu Abuya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan, iaitu memulakan khidmat kepada masyarakat dalam bidang pendidikan. Selain menyediakan institusi pendidikan untuk anak-anak sendiri dan anak-anak ahli jemaahnya, Abuya juga mengambil tanggungjawab untuk memberi alternatif kepada masyarakat yang sudah sedar untuk memilih kehidupan Islam. Umumnya orang-orang yang mendengar ceramah Abuya dan mendapat kesedaran Islam bertanya kemanakah mereka nak hantar anak supaya mendapat didikan Islam. Waktu itu sekolah agama tidak banyak pilihan seperti sekarang. Kalau adapun sekolah agama, biasanya berupa pondok-pondok di kampung yang kelihatan mundur dan jumud. Sedangk...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.