KHUSYUK TERKESAN DALAM SOLAT DAN KEHIDUPAN. Orang mukmin mengusahakan khusyuk ketika solat dan di luar solat iaitu dalam kehidupan. Ramai orang Islam mengusahakan hanya di dalam solat atau sembahyang. Bila sahaja disebut khusyuk terlintaslah di fikiran atau tentang penumpuan dan kehadiran hati dalam solat. Justeru itu, ramai orang hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan solat khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba dan berusaha untuk menumpukan perhatian dan menghadirkan hati di dalam solat dengan mengikuti dan memahami apa yang kita baca dan mengelak dari memikirkan tentang perkara-perkara lain yang tidak bersabit dan tidak bersangkut-paut dengan solat itu. Kefahaman khusuk yang telah tersimpang dari erti dan maksud sebenar, ramai orang tidak berjaya mencapai khusuk sebenar di dalam sembahyang atau solat walaupun telah solat selama berpuluh-puluh tahun. Mereka sangka telah khusuk dalam solat, tetapi kesan solat terhadap diri, akhlak dan peribadi mereka sa...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.