MAKHLUK CIPTAAN ALLAH Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluk nya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran. لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ. Maksudnya, (malaikat itu ) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintah kan. (At Tahrim 28:6 ). Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan mukallaf. Tidak di pertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia. FITRAH kejadian lelaki dan wanita ada diceritakan dalam al-Quran yang menjadi bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT. ...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.