Dunia sudah sekian lama berada di bawah cengkaman nafsu manusia yang ganas. Dunia sudah lama tidak di meriahkan dengan membesarkan Tuhan. Sudah lama pembangunan rohani tidak mendapat laluan di muka bumi. Akhirnya manusia yang hidup di atas muka bumi pada hari ini terasa berada di dalam neraka sebelum neraka yang hakiki di Akhirat sana. Sebab itu manusia sudah hilang ketenangan di dalam kehidupannya. Maka natijahnya kita lihat manusia hilang kasih sayang. Kemuncaknya peperangan meletus di mana-mana. Kerosakan dan kemusnahan oleh manusia di mana-mana. Ibarat tangan yang membangunkan kemajuan dan dengan tangan yang sama memusnahkan kemajuan yang di kecapi oleh manusia. Maksud firman Tuhan: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf d...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.