Langkau ke kandungan utama

BANGSA BARU GABUNGAN QUWWAH DAN TAQWA.

BANGSA BARU GABUNGAN QUWWAH DAN TAQWA.




Maksud firman Allah:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Al-Anfal,8:60).


Maksud Firman Allah: "

Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya dia akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya).Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At Talaq 65:2-3).



Umat Islam di seluruh dunia hari ini sudah rosak dan haru biru. Di sana-sini umat Islam huru hara, kelam kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak sependapat dan tidak bersatu fikiran. Para pemimpin tidak lagi memimpin apatah lagi mendidik. Kehidupan berkeluarga punah-ranah, tidak ada ketenangan, kasih sayang dan kebahagian lagi. Anak-anak resah dan gelisah bila di rumah. Mereka lebih suka hidup di luar. Masyarakat Islam sudah ibarat kain buruk yang luntur warnanya. Berculang caling, bertompok-tompok. Ini kerana telah dipengaruhi dan dirosakkan oleh berbagai hal dan keadaan.dengan kata lain, umat Islam terhina di mana mana.



Bagaimana untuk memperbaiki keadaan umat dan masyarakat Islam yang sudah kronik ini? Dengan apa harus dimulakan? Dengan duit? Dengan hiburan? Dengan politik ? Dengan ilmu? Dengan teknologi? Dengan kemajuan? Dengan pembangunan? Dengan ekonomi? Atau dengan apa?Jawapannya mudah. Ia terpapar jelas pada wahyu dan sunah iaitu dengan iman dan ilmu. Iman dan ilmu itu mesti ditanam di hati umat Islam melalui pendidikan. Hanya melalui tarbiah, pendidikan baru datang penghayatan dan penjiwaan. Abuya Ashaari tidak jemu-jemu terus mendidik kita agar menjadi bangsa baru. Iaitu bangsa yang tidak menafikan kemajuan dalam masa yang sama mengusahakan taqwa.


Roh Islam adalah dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru timbul rasa cinta pada Allah, Rasulullah dan pada Islam. Selepas cinta,akan datang rasa takut pada Allah. Dari rasa takut pada Allah inilah akan timbul ketaatan. Itulah roh Islam iaitu buah dari penghayatan iman dan ilmu. Maka kita akan lihat hasilnya iaitu umat Islam mematuhi syariat Islam dan menjadikan seluruh syariat Islam itu sebagai sistem dan cara hidup Islam maka lahirlah satu bangsa yang bertaqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...