Kepada pejuang kebenaran, pasti mereka akan diuji. Kerana ujian yang paling besar dan berat itu diberikan kepada mereka yang paling dekat dengan Allah, seperti para Nabi dan Rasul, seterusnya mengikut kekuatan dan tahap iman masing-masing. Para pejuang Islam perlukan kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam. Mereka perlukan Zikir atau Wirid khususiah atau amalan tarekat. Memisahkannya bererti membuang roh dari jasadnya. Apalah ertinya lagi kalau itu berlaku kepada jasad dan roh tadi? Kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam yang ada pada diri kita akan terus mengubah masyarakat dengan dakwah dan tarbiah. "Islam bangkit di setiap zaman, bersama bersama tarekat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada 'power' untuk melakukan kerja-kerja kebangkitan itu. Bila selesai program dan sempurna program kebangkitan itu, untuk sesuatu zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarekat itu." Pejuang kebenaran bagi kebangkitan Islam sekali lagi akan mengambil pendek...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.