TEKNOLOGI JADI ALAT DAKWAH.
Teknologi yang serba canggih ini hanyalah alat, ia ibarat pisau, ia hanya alat pemotong. Ia bergantung jatuh ke tangan siapa yang menggunakannya. Kalau pisau berada di tangan suri rumah ia digunakan sebagai alat untuk memotong bawang dan sebagainya. Kalau pisau jatuh ke tangan perompak maka ia akan digunakan untuk merompak dan membunuh orang.
Masyarakat masa kini tidak dapat dipisahkan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT), termasuklah di Malaysia.Setiap orang pasti mempunyai telefon pintar di tangan masing-masing tidak kira peringkat umur,dari yang berusia satu tahun hingaa lah dewasa masing-masing sibuk dengan telefon pintar di tangan tidak mengira masa,tempat dan acara.Sehinggakan fenomena ini menjadi slot iklan di radio dan juga dalamsatu iklan di televisyen.
Dunia tanpa sempadan,dunia hanya di jari dan hati bersama Allah SWT. Maklumat juga disebarkan dengan begitu cepat,hanya dalam beberapa saat sahaja boleh menjadi viral.Alangkah meriahnya kebangkitan Islam di era teknologi ini, apabila teknologi di jadikan alat untuk kemudahan berdakwah. Lebih-lebih lagi berada di era giliran yang sedang Tuhan lakukan untuk kebangkitan Islam sekali lagi.
Teknologi yang di ibaratkan pisau, apabila ia jatuh ke tangan manusia yang lalai dan lupa tujuan hidup, terkadang,soal agama, nilai,budaya dan sebagainya diketepikan dalam menggunakan ICT ini.Kongsi (share) status dilakukan tanpa menilai dan mengkaji sama ada gambar atau perkara tersebut benar atau palsu sehinggakan ianya menjadi fitnah.
Komen juga dilontarkan tanpa rasa bersalah terhadap status yang dikongsikan.Trend begini amat membimbangkan,
terutamanya ianya dilakukan oleh umat Islam.Yang lebih membimbangkan lagi ialah alat fitnah.
Teknologi ICT bukan sahaja mempunyai kesan-kesan yang negatif tetapi juga positif yang seharusnya pendawah menggunakan untuk berdakwah kepada masyarakat.Pendakwah harus memainkan peranan dalam mendakwah pengguna terutamanya muslim yang menggunakan ICT.Pendakwah yang menggunakan teknologi termasuk ICT untuk berdakwah dikenali sebagai tekno daie.Tekno daie memainkan peranan yagn besar dalam berdakwah
"Oleh itu manfaat daripada perkembangan teknologi perlu mengharapkan natijah akhirnya adalah pembangunan jiwa ummah.Yang penting pengguna teknologi perlu secara seimbang dan bijaksana".Tekno daie merupakan pergerakkan dakwah secara berkelompak dan individu.Tekno daie juga sama seperti pendakwah yang menyampaikan dakwah di mana-mana tempat sahaja sebagai contoh di masjid,dewan orang ramai dan sebagainya.
Namun tekno daie merupakan pendakwah yang menyampaikan dakwah dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT) seperti laman sosial, facebook,instagram,wechat,twitter,telegram dan sebagainya.Tujuan tekno daie menyampaikan dakwah mengikut perkembangan semasa yang mana ramai masyarakat menggunakan teknologi maklumat untuk mendapat maklumat dengan lebih mudah dan lebih cepat.Hal ini dapat memudahkan para tekno daie untuk menyebarkan dan menyampaikan dakwah mereka, berkongsi
minda mursyid dengan lebih cepat dan ikuti perkembangan semasa.Sebagai tekno daie
sudah tentu ada cabaran.
Perjuangan dakwah mempunyai cabaran yang besar salam melaksanakan tugas sebagai tekno daie untuk mnyampaikan dakwah kepada masyarakat.Oleh itu untuk menjadi seorang pendakwah teknologi (tekno daie) perlu memainkan peranan yang penting sebelum menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Sebab itu para pejuang yang ada cita-cita Islam terlebih dahulu memiliki ilmu.
Mengapa Allah SWT dengan kudrat-Nya atau dengan kemampuan-Nya tidak melakukan dengan cara berkata sahaja, "Kun", Fayakun, Jadilah"
terus jadi.Mengapa Allah menghendaki
sesuatu menggunakan wasilah atau sebab.
Kalau manusia itu mahu berfikir sebenarnya
banyak hikmah Dan pengajaran nya mengapa
Allah lakukan dengan wasilah
atau bersebab.
Kalau manusia mahu mengkaji akan terserlahlah hikmahnya, di antaranya: Supaya manusia terasa zat kebesaran Tuhan yang berkuasa. Melalui wasilah dan sebab itu, bukan sahaja makhluk yang bernyawa boleh menerima dan patuh perintah-Nya bahkan makhluk yang tidak bernyawa pun boleh menerima perintah-Nya. Seperti angin dan awan patuh kepada perintah Allah untuk membawa dan menurunkan hujan.
Nampak kehebatan kerajaan Allah dan pentadbiran-Nya bilamana petugas-petugas dan pegawai-pegawai-Nya terlalu banyak. Ada yang Ghaib dan ada yang nyata.Ada yang bernyawa ada yang tidak. Ada yang berakal, ada yang tidak. Semuanya boleh patuh dengan perintah dan suruhan-Nya. Membuat kerja Tuhan tanpa bangkang.Tidak seperti dalam kerajaan manusia.
Untuk menggalakkan manusia berjuang, berusaha dan bekerja sebagai melahirkan wasilah dan sebab agar mereka dapat membuat kemajuan dunia dan Akhirat demi kepentingan mereka. Juga agar dapat dirasakan betapa tenaga manusia itu dapat di fanfaatkan.
Dengan sebab dan wasilah, contoh teknologi yang serba canggih ini, Allah SWT hendak menguji manusia. Apakah nanti manusia itu terpesona dan terpengaruh dengan nikmat-nikmat yang dilahirkan daripada sebab atau wasilah yang mereka lakukan atau mereka bertambah yakin dan terasa kebesaran Allah serta pemberian-Nya sehingga mereka boleh bersyukur kepada
Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan