Langkau ke kandungan utama

ILMU ISLAM CUKUP GLOBAL.

ILMU ISLAM CUKUP GLOBAL.



Abuya memperjuangkan ilmu yang cukup global. Ilmu-ilmu yang dikeluarkannya membawa manusia kembali mengenali dan mencintai Tuhan, kembali mentaati perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Daripada mesej iman dan taqwa, ilmunya terus merangkumi cara hidup Islam dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Ilmu-ilmu yang global inilah yang menjadi asas kepada pembangunan insaniah dan pembangunan material yang dibangunkan dalam perjuangan Abuya Ashaari At Tamimi.



Minda ini diperjuangkan dalam pelbagai bentuk pendekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset-kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, kebudayaan, perkampungan dan bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi (hi-tech), ekspo dan lain-lain lagi.



Malahan Abuya membawa jemaahnya melibatkan diri dalam apa sahaja bidang hidup yang diceburi oleh manusia dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai cara hidup. Agar manusia dapat melihat ilmu-ilmu Islam yang global itu di dalam realiti kehidupan, bukan sekadar Islam teori semata-mata.



Abuya pernah mengingatkan kita, kamu akan menyaksikan buah perjuangan, apa yang sedang berlaku di Malaysia tanah air tercinta ialah satu proses biasa dan luar biasa untuk menuju kepada negara Islam. Di Malaysia, insya-Allah akan terjadi perubahan besar secara aman damai. Malaysia akan jadi lebih indah dari apa yang ada sekarang. Ia bagaikan Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Rasulullah SAW. 



Di antara perubahan-perubahan yang akan terjadi dan sangat menonjol itu, insya-Allah ialah suasana aman di mana penduduk beragama Islam saling berkasih sayang. Manakala dengan yang bukan Islam, mereka akan berbaik-baik. Tidak ada krisis dan pergaduhan dalam negara yang diberkati dan diampunkan Allah itu. Kerana keamanan yang luar biasa itu juga, Malaysia akan jadi tumpuan lawatan bangsa-bangsa asing dari seluruh dunia.



Maksiat dan kemungkaran pula akan terbasmi dengan sendirinya. Penutupan aurat dan pengasingan lelaki dan perempuan terserlah di mana-mana. Muda-mudi umumnya cenderung menuju taqwa. Kehidupan pemimpin-pemimpin tidak berbeza dengan kehidupan rakyat jelata. Kerana contoh masyarakat Islam ada di Malaysia, orang lebih suka ke Malaysia dari ke Mekah untuk melihat realiti masyarakat Islam. 



Negara-negara lain akan tertarik untuk mengadakan hubungan ekonomi dengan Malaysia. Rezeki di negara yang diberkati ini melimpah ruah dari langit dan bumi. Asas kemakmuran itu adalah kasih sayang. Mereka yang berkunjung ke Malaysia akan menjadi duta tidak rasmi yang akan membawa pulang cerita dan berita tentang negara ini ke negara masing-masing. Negara-negara jiran juga suka berbaik-baik dengan Malaysia bahkan mencontohi Malaysia dalam banyak perkara. 



Abuya bukan bermimpi atau berangan-angan. Ini adalah keyakinan Abuya kerana beliau sangat yakin dengan janji Allah. Bahkan Abuya sebenarnya dimonitor oleh Rasulullah untuk menelusuri jadual Tuhan ini hingga beroleh kemenangan. Sudah tentu apa yang ditulis ini akan jadi kontroversi kepada orang yang tidak senang dengan kebenaran. Namun Abuya bukan melulu. Siapa yang meneliti dan bersih hati, rasanya tidak terlalu susah untuk memahami sikap Abuya. Lagipun sebelum ini sudah banyak apa yang Abuya perkatakan sudah terjadi satu persatu dengan izin Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...