Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan.
Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya? Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja. Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang minat cara lilit serban Abuya dan begitulah yang lain-lainnya. Sebab Abuya melagangkan hampir semua cara hidup Islam dalam diri, keluarga dan jemaahnya. Cara hidup Islam yang tajdid di zamannya dimana orang lain sudah melupakannya.
Bila berlaku sesuatu pada Abuya atau perjuangannya yang seseorang itu tidak faham, maka peninglah dia, keliru, celaru. Walhal dia yang tak faham apa yang berlaku. Bila kekeliruan itu tidak diungkai, tak dapat jawaban maka lambat laun dia pun meninggalkan perjuangan Islam yang telah Abuya ajar pada dia. Sedihnya bila meninggalkan perjuangan Abuya, dia kembali kepada cara hidup lama yang tidak Islamik. Kalau masa ikut perjuangan Abuya boleh solat berjemaah, bila dah tak ikut tak boleh buat solat berjemaah lagi dalam keluarga. Program baiki diri dan keluarga dah tak serious lagi sebagaimana ketika bersama Abuya. Rugilah sangat.
Maknanya bila tak kenal Abuya dengan tepat kita boleh kehilangan Abuya, kemudian kehilangan disiplin cara hidup Islam yang Abuya dah ajarkan.
Maknanya bila tak kenal Abuya dengan tepat kita boleh kehilangan Abuya, kemudian kehilangan disiplin cara hidup Islam yang Abuya dah ajarkan.
Jadi, pengenalan yang tepat dan lengkap tentang Abuya itu sangat penting. Kenal secara menyeluruh, bukan serpihan-serpihan ikut yang kita suka sahaja.
Dalam tulisan ini saya cuba nak huraikan beberapa identiti Abuya yang penting-penting sahaja khususnya perihal kepimpinan Abuya. Mudah-mudahan dengan itu segala kekeliruan dapat dijelaskan.
1. Abuya Pengasas dan Pemimpin Jemaah Yang dilantik Tuhan Sejak Abuya mengasaskan jemaah Al Arqam tahun 1968 di Dato Keramat, Kuala Lumpur, tak pernah ada mesyuarat untuk melantik Abuya sebagai pemimpin. Sebagai orang yang mengasaskan automatik semua orang setuju dan selesa Abuya sebagai pemimpin. Bila jemaah semakin besar dan berkembang, ramai lah pula orang-orang yang lebih tinggi kelulusannya menyertai jemaah. Namun kepimpinan jemaah tetaplah pada Abuya. Setelah itu ada jugalah orang-orang iaitu timbalan Abuya yang cuba mencabar untuk menggantikan Abuya sebagai pemimpin, tapi semuanya gagal. Malah mereka yang terkeluar dari jemaah dan tak mampu pun membuat jemaah seperti Abuya.
Abuya adalah seorang mujaddid yang tiada siapapun melantiknya melainkan Allah. Proses yg Tuhan lakukan kepada diri Abuya, kepimpinannya ialah dengan hati, bukan dengan mesyuarat atau pilihan raya. Orang-orang kenal Abuya samada melalui mindanya (tulisan, kuliah atau perbualan), melalui projek/model Islam yang Abuya bangunkan, melalui akhlaknya, melalui orang lain yang sudah kenal Abuya dan lain-lain cara. Setelah kenal, mereka rasa tertarik, terhutang budi, rasa besarnya jasa Abuya, kemudian jatuh hati dan rasa nak bernaung di bawah kepimpinannya. Ada berbagai-bagai peringkat; menjadi ahli jemaah sepenuh masa, separuh masa, simpati, penyumbang, penyokong, peminat Abuya dan perjuangannya.
Dengan adanya orang-orang inilah kepimpinan Abuya terus wujud sekalipun jemaah Abuya telah diharamkan. Abuya tidak pernah tinggal keseorangan dalam memperjuangkan Islam. Selalu sahaja ada orang-orang yang menyokongnya, samada banyak atau sedikit, secara terang-terangan dalam jemaah yang bernama ataupun secara senyap walaupun tiada jemaah yang jelas namanya. Ini bukan proses biasa seperti kepimpinan biasa. Selalunya, kepemimpinan biasa seperti organisasi atau parti bila organisasi atau parti itu bubar, maka habislah riwayat kepimpinan orang itu. Itu tidak berlaku pada Abuya. Jemaah bubar, semua ahli bertempiaran, tapi ada saja yang datang semula dan bertambah pula dengan orang-orang baru. Walhal secara lahirnya Abuya sudah ditahan di kawasan terhad, tak mampu nak merekrut ahli lagi. Ada sahaja sebab yang Allah aturkan sehingga pengikut Abuya selalu ada dan bertambah-tambah. Itu sangat unik dan ajaib.
Dengan adanya orang-orang inilah kepimpinan Abuya terus wujud sekalipun jemaah Abuya telah diharamkan. Abuya tidak pernah tinggal keseorangan dalam memperjuangkan Islam. Selalu sahaja ada orang-orang yang menyokongnya, samada banyak atau sedikit, secara terang-terangan dalam jemaah yang bernama ataupun secara senyap walaupun tiada jemaah yang jelas namanya. Ini bukan proses biasa seperti kepimpinan biasa. Selalunya, kepemimpinan biasa seperti organisasi atau parti bila organisasi atau parti itu bubar, maka habislah riwayat kepimpinan orang itu. Itu tidak berlaku pada Abuya. Jemaah bubar, semua ahli bertempiaran, tapi ada saja yang datang semula dan bertambah pula dengan orang-orang baru. Walhal secara lahirnya Abuya sudah ditahan di kawasan terhad, tak mampu nak merekrut ahli lagi. Ada sahaja sebab yang Allah aturkan sehingga pengikut Abuya selalu ada dan bertambah-tambah. Itu sangat unik dan ajaib.
Sebab itulah kepimpinan Abuya itu tidak dapat diwarisi. Ia adalah anugerah Allah yang khas untuk Abuya. Orang lain mungkin boleh menumpang berkat, menggunakan nama atau persemendaan dengan Abuya (sebagai isteri, anak, adik, menantu, bekas pemimpin kanan, bekas pemandu, dll) untuk membina kepimpinan baru. Tapi sekali-kali tidak akan sama. Kepimpinan Abuya bukan sekadar kharisma atau legasi seperti kepimpinan lain. Kerana kepimpinan Abuya itu membawa ruh Islam yang tidak dapat diwarisi atau diturunkan. Ia adalah pakej yang lengkap: pemimpin bertaqwa, matlamat mardhotillah, kaedah Islam tajdid dan adanya bantuan Allah.
Jatuh cinta kepada pemimpin Islam itu bukan boleh dipaksa, diloby atau diarahkan. Ia adalah kerja Allah yang hanya diberi kepada pemimpin yang bertaqwa.
Bolehlah cuba jual nama Abuya, ugut atau beli ketaatan orang dengan tarikan duniawi, tapi itu bukan bentuk kepimpinan Abuya.
Kalau ada sesiapa nak mencuba ambil alih kepimpinan Abuya dengan menguasai jemaah peninggalan Abuya boleh sahaja, tapi sama sekali tidak akan sama. Kerana dia tidak dilantik dan dijanjikan Allah seperti Abuya. Kalau nak paksa juga, maka tunggulah kehancurannya. Bolehlah dia teruskan nama jemaah Abuya itu tapi matlamat dan kaedahnya pasti telah berubah.
2. Berdasarkan penjelasan di atas maka fahamlah kita mengapa Abuya tidak melantik pengganti. Kerana profil atau tokoh yang layak sebagai pemimpin jemaah sebesar jemaah Abuya hanya satu iaitu Abuya sahaja. Kalau Abuya memang nak ada pengganti, tentu dah lama Abuya siapkan dan lantik dia sebelum Abuya pergi.
Habis bagaimana nak teruskan perjuangan kalau tiada pemimpin selepas Abuya pergi? Ini yang menjadi persoalan ramai orang khasnya ahli jemaah yang kurang faham.
Habis bagaimana nak teruskan perjuangan kalau tiada pemimpin selepas Abuya pergi? Ini yang menjadi persoalan ramai orang khasnya ahli jemaah yang kurang faham.
Sebenarnya sudah berulang kali Abuya ingatkan pada para pengikutnya, cuma ada yang ambil perhatian, ada yang tidak, ada yang faham, ada yang tak faham dan ada yang faham tapi buat-buat tak faham.
Abuya selalu kata: jemaah ini bukan jemaah saya! Ini jemaah Imam Mahdi. Saya hanya membina tapak sahaja, membina model bersaiz jemaah sahaja. Itupun atas arahan dan panduan dari Imam Mahdi. Selepas saya tiada, Imam Mahdi lah pemimpin kamu. Imam Mahdi lah yang akan membesarkan model perjuangan Islam yang saya asaskan di peringkat jemaah ini ke peringkat negara dan ummah.
Kamu pengikut-pengikut saya tak boleh tiru atau gantikan saya. Sebab yang dijanjikan itu saya sahaja. Kamu yang lain ni diberi peluang untuk berjuang. Jemaah saya ini jemaah Imam Mahdi, maka kamu kena ikut percaturan dia.
Kamu pengikut-pengikut saya tak boleh tiru atau gantikan saya. Sebab yang dijanjikan itu saya sahaja. Kamu yang lain ni diberi peluang untuk berjuang. Jemaah saya ini jemaah Imam Mahdi, maka kamu kena ikut percaturan dia.
Pernah saya tanya, bagaimana nak jadi pengikut Imam Mahdi sedangkan kami tak nampak dia secara lahir? Bagaimana nak berjuang bersama Imam Mahdi selepas Abuya tiada?
Abuya jawab:
a. Itulah ujian untuk kita umat akhir zaman. Dua tokoh pemimpin akhir zaman samada yang hak atau yang batil sama-sama belum lahir secara fizikal. Pemimpin yang hak Imam Mahdi, yg batil Dajjal. Namun, dua-dua dah diberitahu oleh Rasulullah sifat-sifat, peranannya dan jadualnya sekali. Skripnya dan senarionya Abuya dah jelaskan. Jadi kamu teruslah berjuang mengikut panduan yang telah Abuya bagi dengan begitu terperinci itu. Dasar, matlamat dan kaedah Abuya dah tanamkan, cuma nak diteruskan dan dibesarkan di era Imam Mahdi.
b. Imam Mahdi adalah pemimpin hati yang jauh lebih hebat dari Abuya. Dia boleh memimpin hati orang sekalipun orang itu tak pernah melihatnya secara fizikal. Itulah karomah dia. Yelah ..nak lawan Dajjal yang juga masih ghaib tentulah kena hebat. Kalau Dajjal pun dapat siapkan tentera-tentera dia sedangkan dia belum zahir, Imam Mahdi tentulah lebih hebat dari itu. Bahkan dalam jadual Allah telah diterangkan dalam hadis-hadis, diberitahu bahawa yang nak bunuh Dajjal itu nanti adalah Nabi Isa as, yang juga sekarang sedang dighaibkan.
3. Walaubagaimanapun, Abuya sangat faham masalah yang akan dihadapi selepas Abuya tiada jika tidak ada pemimpin yang boleh membimbing para pengikut dalam jemaah. Oleh itu Abuya juga telah melantik khalifah-khalifah yang diberi nama Ketua Bani atau Ketua Rumah Power semasa Abuya melancarkan era power di Nilai, N9 sekitar tahun 2007. Mereka yang dilantik oleh Abuya sebagai Ketua Bani itulah yang Abuya iktiraf sebagai pemimpin-pemimpin kecil untuk membimbing para pengikut Abuya. Abuya kata, ikutlah sesiapa sahaja di kalangan mereka yang kamu rasa serasi, insyaAllah kamu akan dapat panduan selagi orang itu tidak menolak kepimpinan Abuya.
Ertinya, sebelum Abuya pergi, sudah dipersiapkan siapa pemimpin-pemimpin yang akan membimbing para pengikut Abuya. Kalau betul-betul ikut kaedah itu, maka tak timbul keliru atau celaru. Masing-masing berjuanglah ikut kaedah Abuya dalam bimbingan mana satu khalifah yang dia serasi. Nak harap adanya jemaah sebesar saiz kepimpinan Abuya memang payah sebab tak ada pemimpin yang sama taraf kemampuannya dengan Abuya.
Lebih baik kita jujur pada diri masing-masing bahawa kita tak sehebat Abuya. Jadi, kita buatlah mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bila kita saling bertolong bantu dalam membangunkan Islam maka hasilnya akan lebih besar sebab hakikatnya era ini era Imam Mahdi yang bertaraf global.
Janganlah kita memaksakan diri berbuat sesuatu di luar kemampuan kita. Kemampuan kita jauh lebih kecil dari Abuya, tapi nak buat jemaah yang bersaiz besar macam Abuya. Kita bimbang akan tergadai prinsip, akan terbarai ukhwah, menjadi punca pecah-belah, bahkan boleh tergadai iman. Wal iya zubillah. Silap-silap haribulan kita bukan menjadi pejuang Abuya dan Imam Mahdi, tapi menjadi penyokong Dajjal. Nak kesan mudah sahaja: Abuya anjurkan kasih sayang, tapi Dajjal mengancurkan perpecahan. Abuya membina keluarga harmoni, Dajjal mencerai-beraikan keluarga Islam. Abuya membela dan
Sekian sahaja dahulu untuk siri kali ini. Moga-moga dapat mencerahkan yang gelap, menerangkan yang keliru dan menjawab persoalan yang perlu.
Ulasan
Catat Ulasan