Langkau ke kandungan utama

JEMAAH AKHIR ZAMAN.




Sudah lumrah manusia cenderung berkumpul dan menggabungkan dirinya dengan mana-mana golongan atau jemaah yang mempunyai kesamaan faham, keyakinan, dan ideologi. Bertolak dari sinilah berbagai jemaah
 lahir dalam masyarakat Islam sejak zaman sahabat lagi. 



Definisi jemaah Islam yang berbunyi:
"Jemaah umat Islam ialah jemaah ahl al-halli wa al-'aqdi yang berhimpun di bawah naungan seorang khalifah, atau mujaddid dan umat Islam mengikut kepada mereka".



Maksud firman Allah:
Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (Arab Badui) itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( At Taubah, 9:99 ).


Apabila masyarakat Islam sudah tidak berpegang dan mengabaikan perkara ini, akan terungkailah ikatan tali Islam yang kukuh dan hilang lah kemurniannya. Ini menyebabkan umat Islam berpecah-belah, seperti buah
yang terapung di lautan, ia terumbang ambing mwngikut arus, kemana angin yang kuat, ke situlah arah tujuannya.....Jemaah yang dianjurkan oleh Al-Quran dan al Sunnah ialah jemaah yang berpegang dan yang berpandukan kepada kedua-duanya.


Era-era kepimpinan yang di lalui oleh umat Islam bermula dengan era manhaj nubuwwah, di ikuti oleh manhaj khilafah yang mengikut manhaj nubuwwah,
kemudian muncul kekuasaan dektator. Manusia umumnya dan umat Islam khususnya
menginginkan adanya suatu
perubahan yang menuju keadaan yang lebih baik.


Salah satu inti pati ajaran Islam adalah membimbing manusia menemukan tujuan hidup atau matlamat hidup yang sebenarnya. Umat Islam menuggu satu era yang dijanjikan iaitu era manhaj khilafah yang berjalan di atas nubuwwah berulang sekali lagi di akhir zaman ini. Dengan kepimpinan tersebut umat Islam akan mengulangi kemeriahan dengan amalan Islam dan syiar Islam berdaulat kembali dengan penuh wibawa yang bertaraf ummah atau dunia Islam. 




























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...