Langkau ke kandungan utama

HIDUP BERSAMA TUHAN..





Wujudnya semula indahnya hidup bersama Tuhan setelah Yahudi berjaya melenyapkannya selama beratus tahun,merupakan petanda Tuhan sedang menunaikan janji-Nya untuk kebangkitan Islam kali kedua.



Di era kebangkitan Islam kali kedua terlalu banyak bonos yang Tuhan berikan. ContohTuhan permudahkan bermujahadah melawan nafsu, mudah untuk melaksanakan syariat, kini kita lihat kemeriahan golongan selebriti berlumba-lumba berhijrah kepada kehidupan Islam.



Umat Islam perlu faham dan yakin andainya Tuhan mahu
pembangunan material semata-mata, cukup utus ahli fikir.Oleh kerana Tuhan mahu manusia bangunkan roh maka Tuhan utus para Rasul dan pemimpin berwatak Rasul.



Tugas pemimpin roh dikalangan para Rasul atau pemimpin berwatak Rasul adalah membangunkan insaniah atau roh manusia. Apabila roh manusia terpimpin barulah semua aspek lain dalam kehidupan manusia menjadi baik dan bermanfaat.



Roh atau hati merupakan raja
diri. Nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati.
Sebab pimpinan rohani memfokaskan raja yang ada
dalam diri manusia iaitu hati.
Wajib  mengubati penyakit hati kita ialah dengan mengubati hati yang buta itu. Bila hati sudah tidak buta maka penyakit-penyakit hati lainnya akan hilang dengan sendirinya.



Kalau mata kita sakit atau buta, maka kita akan pergi ke doktor mata. Mungkin mata kita akan dibersihkan, dibedah dan sebagainya. Begitupun kalau hati kita yang buta, maka kita mesti memberi pengobatan yang sesuai. Kita berusaha mencari guru rohani untukm memimpinhati. Guru mursyid akan merawat roh kita yang sakit.



Disamping kita menerima rawatan dari guru mursyid tadi, kita mencari-cari sebab untuk kita mendapatkan perhatian Tuhan. Iaitu usahakan perkara-perkara
yang boleh mendatangkan
berkat kepada diri kita. Iaitu dengan mendampingi orang-orang yang bertaqwa, dengan sebab mereka kita ditolong dan dipimpin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman