PERJUANGAN ISTIDRAJ. GLOBAL IKHWAN SDN BHD HOLDING BUKAN WADAH PERJUANGAN ABUYA.
Abuya adalah tokoh pejuang Islam yang disegani kawan dan lawan. Banyak usaha menghancurkan usaha dakwah dari dalam dan luar jemaah Abuya dibuat. Ini diakui sendiri pegawai yang soal siasat saya ketika dalam tahanan ISA. Memang ada yang dihantar untuk melakukan kerosakan.
Abuya sangat ambil berat soal syariat dalam perjuangannya. Mana boleh campur aduk halal dan haram. Tetapi nafsu suka perlanggaran syariat kerana urusan lebih cepat dan mudah. Walaupun matlamat baik namun cara dan alat yang digunakan melanggar syariat akan membawa kemurkaan Allah SWT. Inilah namanya ghurur.
GHURUR adalah kalimah Arab yang bermaksud tertipu. Imam Ghazali telah membahagikan ghurur ini kepada empat golongan :
1. Golongan ulama.
2. Golongan para Abid ( orang yang suka beribadah).
3. Golongan orang yang mengaku sufi.
4. Golongan orang yang memiliki harta , dan orang-orang tetipu daya dengan dunia.
1. Golongan ulama.
2. Golongan para Abid ( orang yang suka beribadah).
3. Golongan orang yang mengaku sufi.
4. Golongan orang yang memiliki harta , dan orang-orang tetipu daya dengan dunia.
Dalam kuliah kesedaran Islam Abuya telah ingatkan hal ghurur juga. Dalam kitab Ihya Ulumuddin. Kita akan bincangkan Ghurur dalam skop umat Islam khususnya terutama bagi mereka yang nak perjuangkan Islam. Mudah-mudahan kita terhindar dari tipuan syaitan dan hawa nafsu.
Pejuang Ghurur ialah yang tertipu bilamana merasakan berada dalam kebenaran kerana memiliki harta, berjawatan, ada pengikut, diterima orang dan dalam masa yang sama berlaku penzaliman dan perlanggaran syariat dalam perjuangannya. Tertipu kerana buat dosa namun semakin diterima, semakin membesar, dll. Hakikatnya sengaja dibiarkan mudah-mudahan ada masa muhasabah dan koreksi diri.
GLOBAL IKHWAN SDN BHD HOLDING bukan wadah perjuangan Abuya atau penerus perjuangan Abuya. Dengan pengikut mereka demi mengikat anak buah, mereka masih gunakan nama Abuya demi mengepung supaya mereka tidak ditinggalkan.
1. 90% keluarga Abuya dibuang dan dihalau, malah dituduh pengkhianat dan konco dajjal serta bermacam lagi tuduhan.
2. Anehnya, Nasiruddin Ali yang dianggap dan digelar Abuya juga, dalam memerangi keluarga Abuya, dia terpaksa menjadi keluarga Abuya. Berkahwin dengan Mubarokah anak Ummu Jah yang juga adik saya. Semua ini terjadi setelah ketiadaan Abuya dan kematian Ummu Jah.
3. Kalau keluarga Abuya tidak penting, mengapa terpaksa berkahwin dengan anak Abuya namun pada masa yang sama Nasir mengahwinkan anak perempuannya dengan Adib, abang kepada Mubarokah. Juga anak-anaknya dikahwinkan dengan cucu-cucu Abuya!
4. Demi menguatkan kedudukan terpaksa juga ada kaitan dengan Abuya lalu bagaimana boleh katakan keluarga tidak ada jaminan hidayah Allah tetapi dalam mengekalkan kuasa dan kedudukan terpaksa menjadi keluarga bahkan pelik sekali tindakannya.
5. Ceo Gisbh iaitu Lokman Hakim Pfordten adalah ipar saya. Berkahwin dengan adik saya. Namun setelah kejadian pembuangan keluarga Abuya nampaknya Lokman langsung tidak berani untuk bertemu. Untuk silaturrahim pun tidak mampu apa gunanya slogan Islam yang diperjuangkan. Malah banyak perlanggaran syariat berlaku Lokman sangat tahu tapi dia diam sahaja. Hinggakan terpaksa minta jasa baik polis untuk berurusan dengan mereka dan hingga kini Lokman terus berdiam diri dan tidak bertemu dengan keluarga Abuya yang telah dibuang.
6. Keluarga dipisahkan. Suami isteri dipisahkan. Anak-anak dan ibu bapa dipisahkan. Diugut jika berhubung dengan keluarga yang tidak ikut Gisbh akan diambil tindakan. Dikuarantinkan, disorok dan diseksa mental malah fizikal juga ada.
7. Isteri diajar minta talak bahkan hingga proses penceraian di mahkamah juga ada tukang jaga. Ini berlaku sendiri pada keluarga Abuya.
8. Kes Atiyyah yang meletup baru-baru ini berlaku membongkar banyak kes serupa itu terjadi.
9. Kerana Atiyyah anak Abuya, anak Ummu Jah maka Gisbh tidak duduk senang. Sedangkan ramai anak buah yang dilakukan sedemikian rupa namun tidak berani seperti Atiyyah. Namun selepas ini makin ramai akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa atas tindakan Gisbh kepada mereka.
10. Saya juga mempunyai 6 orang anak yang Lokman Hakim selaku Ceo Gisbh tahu mereka di mana namun saya dihalang bertemu mereka.
11. Tiga orang anak saya dikahwinkan tanpa pengetahuan saya dan langsung tidak pernah bertemu. Alasan apa? Sebuah syarikat Islam tidak mengizinkan anak bertemu ayahnya?
Pejuang Islam yang ghurur, semakin berjuang banyak syariat Tuhan yang dilanggar.
Tetapi mereka terus mendapat tempat sekalipun di kalangan orang ramai atau kelompok yang terang-terangan dikenali penganjur maksiat. Melaungkan kebenaran tetapi banyak berbuat kezaliman. Derhaka ibu ayah tetapi duit beribu-ribu. Diatas adalah sebahagian daripada contoh istidraj.
Tetapi mereka terus mendapat tempat sekalipun di kalangan orang ramai atau kelompok yang terang-terangan dikenali penganjur maksiat. Melaungkan kebenaran tetapi banyak berbuat kezaliman. Derhaka ibu ayah tetapi duit beribu-ribu. Diatas adalah sebahagian daripada contoh istidraj.
Pengertian Istidraj
Istidraj secara bahasa diambil dari kata da-ra-ja (Arab: درج ) yang ertinya naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Sementara istidraj dari Allah kepada hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya.
Menurut Rasulullah, makna istidraj adalah:
Dari Ubah bin Amir RA. Nabi SAW bersabda,
Dari Ubah bin Amir RA. Nabi SAW bersabda,
“Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”
Istidraj adalah suatu Ujian berupa kelapangan rezeki padahal yang diberi dalam keadaan terus menerus bermaksiat pada Allah. Maka, hati-hatilah boleh jadi ini adalah istidraj baginya, bukan karamah, secara beransur Allah menariknya dalam kebinasaan.
Secara sederhana, kita dapat melakukan evaluasi ketika Allah membiarkan kita: sengaja meninggalkan solat, sengaja meninggalkan puasa, tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat, berat untuk bersedekah, mengabaikan semua atau mungkin sebagian perintah Allah, merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat, tidak mau menuntut ilmu syar’i, lupa akan kematian dan lain-lain.
Tetapi Allah tetap memberikan kita, harta yang berlimpah, kesenangan terus menerus, dikagumi dan dipuja puji banyak orang, tidak pernah diberikan sakit, tidak pernah diberikan musibah, dan lain-lain. Hati-hati karena semuanya itu boleh jadi istidraj.
Karena istidraj biasanya memang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan ahli maksiat. Sebagaimana keterangan berikut:
Ayat pertama,
Maksud firman Allah:
"Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan."
(Ali ‘Imran: 178)
"Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan."
(Ali ‘Imran: 178)
Ayat ke-2
Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka tidak, sebenarnya mereka tidak sedar.
(Al Mu’minun: 56).
(Al Mu’minun: 56).
Ayat ke-3
Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan Perkataan ini (Alquran). nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,
(Al Qalam: 44).
(Al Qalam: 44).
Ayat ke-4
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az Zumar: 49)
Tertulis dalam Tafsir Al Muyassar tentang ayat Az-Zumar 49 ini:
Tetapi kebanyakan manusia –karena kebodohan dan buruknya prasangka mereka- tidak mengetahui bahwa hal itu merupakan istidraj dari Allah dan ujian bagi mereka agar mensyukuri nikmat. (Tafsir Al Muyassar, 1/464)
Ayat ke-5
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (Al An’am: 44)
Hal ini juga dikabarkan oleh hadits Nabi dari ‘Uqbah bin ‘Amir RA, bahwa Nabi bersabda:
Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. (Al An’am: 44). (HR. Ahmad No. 17311. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mentatakan: hasan. Lihat Ta’liq Musnad Ahmad No. 17311)
Ciri-Ciri Istidraj Menurut Orang Terdahulu
(1) Ibadah Kita Semakin Turun, Namun Kesenangan Makin Melimpah
Ibnu Athaillah berkata : “Hendaklah engkau takut jika selalu mendapat karunia Allah, sementara engkau tetap dalam perbuatan maksiat kepada-Nya, jangan sampai karunia itu semata-mata istidraj oleh Allah”
(2) Kita Melakukan Maksiat, Tapi Malah Makin Banyak Kesenangan
Ali Bin Abi Thalib r.a. berkata : “Hai anak Adam ingat dan waspadalah bila kau lihat Tuhanmu terus menerus melimpahkan nikmat atas dirimu sementara engkau terus-menerus melakukan maksiat kepadaNya” (Mutiara Nahjul Balaghoh Hal 121)
(3) Semakin Kita Bakhil Namun Harta Semakin Banyak
Sebagaimana kita ketahui bahwa sebetulnya Sedeqah dapat membuat harta kita semakin banyak. Ketika kita dihinggapi sifat bakhil, tak pernah zakat, infak, sedeqah ataupun mengulurkan bantuan orang lain. Namun justru harta semakin melimpah ruah. itulah menjadi salah satu ciri istidraj
(4) Jarang Sakit
Imam Syafi’I pernah mengatakan: Setiap orang pasti pernah mengalami sakit suatu ketika dalam hidupnya, jika engkau tidak pernah sakit maka tengoklah ke belakang mungkin ada yang salah dengan dirimu. Sebagaimana diceritakan pula bahwa Firaun adalah orang yang tidak pernah merasakan sakit, bahkan bersin pun dia tidak pernah dan itulah yang membawa dia semakin bersombong diri.
Adapun jika ada kenikmatan dunia diberikan kepada orang mu’min, soleh, ahli ibadah, bukan orang kafir dan ahli maksiat, maka itu merupakan nikmat Allah yang disegerakan baginya di dunia, atau boleh juga ujian untuk meninggikan lagi kedudukannya.
Apa yang Harus Kita Lakukan?
Jawabannya berkaitan dengan bagaimana cara manusia harus berakhlak kepada Allah swt. Ada ulama mengatakan dalam kajian kitab Al-Hikam sebagai berikut, saat kita mendapatkan rezeki, dan karunia lainnya maka selain kita memasang sikap bersyukur, di sisi lain kita juga harus tetap berdoa kepada Allah agar pemberian ini bukan termasuk istidraj dari Allah kepada kita. Kerana kita harus tetap berhati-hati bahwa boleh jadi amal-amalan kita masih belum benar dan bahkan pastinya belum benar-benar takwa kepada Allah, akan tetapi meskipun masih seperti itu, Allah masih tetap mencukupi keperluan kita.
Sehingga jangan sampai ketika kita mendapatkan pemberian Allah, pertolongan Allah, kita berfikir, merasa, dan bersikap angkuh, bahwa kita paling diperhatikan Allah, dan berbangga diri di hadapan manusia bahwa segala keberuntungan itu karena amal-amalan baik kita selama ini.
Ulasan
Catat Ulasan