( Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera Israel )
Firman Allah:
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ.
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ.
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
( QS. Faatir,35:6 ).
( QS. Faatir,35:6 ).
Peringatan Allah untuk menjadikan Syaitan sebagai
musuh adalah peringatan agar manusia mengerahkan segala kemampuan memerangi dan melawan
Syaitan.
musuh adalah peringatan agar manusia mengerahkan segala kemampuan memerangi dan melawan
Syaitan.
Apabila persoalan musuh diketengahkan, terlalu ramai umat Islam menyangkakan musuh Islam hanyalah Yahudi dan Nasrani. Lebih-lebih lagi, akhir-akhir ini slogan membebaskan Gaza dari cengkaman Yahudi disemarakkan oleh mereka-mereka yang mengaku pejuang Islam walau rokok Marlboro dari Amerika masih menjadi hiasan bibir mereka dan ayam goreng KFC menjadi santapan hidangan mereka. Maka berkumpullah mereka berdemonstrasi dan membakar bendera Israel, memaki hamun dan beremosi.
Hakikatnya, mereka terlupa bahawa musuh Islam itu bukan hanya Yahudi dan Nasrani. Malah ada lagi empat musuh yang lebih bahaya dari itu. Antaranya yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan lebih bahaya dan lebih licik.
Andainya seorang muslim, gugur di medan perang ditembak Yahudi kerana mempertahankan kalimah Allah, syahid baginya. Namun andainya seorang muslim gugur dan kecundang dengan musuh yang satu lagi ini ia tidak nampak dengan mata kasar. Iaitulah musuh yang lebih merbahaya dari Yahudi dan Nasrani, amat malanglah nasibnya di dunia dan di akhirat.
Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerosakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yang sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia. Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.
Allah berfirman dalam Al- Qur’an:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوّاً شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوراً وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوّاً شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوراً وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
“Dan demikianlah Aku jadikan bagi setiap Nabi itu (pasti) ada musuhnya berupa Syaitan manusia dan Jin. Mereka saling memberi inspirasi sebahagian kepada sebahagiannya dengan reka- reka rayuan yang mengandung tipu daya”
(Al An'am : 112)
(Al An'am : 112)
قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ. (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ ).
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.
(HR. Bukhari dan Muslim)
(HR. Bukhari dan Muslim)
Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia. Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.
Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Imam Ghazali dalam salah satu kitabnya berjudul “Minhaajul Aabidiin” mengungkapkan tentang adanya 7 (tujuh) jurus pukulan maut Syaitan bin Iblis laknatullah dalam menggoda anak manusia tanpa kecuali bahkan juga para cerdik pandai dan para ulamanya tak lepas dari rayuan manja dan serangan jurus pukulan maut syaitan sehingga banyak diantara mereka terlena dan tergelincir terkena godaannya.
Tujuh jurus pukulan maut itu dilancarkan Syaitan susul menyusul tanpa henti dan bergelombang secara bersepadu bak air bah menggempur benteng pertahanan hati manusia, dan siapapun yang lemah akan benteng pertahanannya, tak peduli dia seorang jahil atau ulamak, terkecuali orang- orang yang berlindung dan mendapat perlindungan Yang Maha Perkasa, Allah SWT.
Oleh kerana bahaya dan licik serta halusnya rayuan dan godaan itu, sangat perlu bagi kita untuk memahami dan mengidentifikasi cara- cara mereka agar kita waspada bila serangan itu datang sambil memohon perlindungan kepada Allah SWT.
Pada kesempatan ini penulis insya Allah akan menuturkannya dengan gaya bebas namun tetap bersumber dan mengacu pada kitab- kitab tersebut diatas.
1. Bentuk jurus pukulan maut pertama: Apa untungnya beribadah?
Syaitan akan membisikkan ke jiwa manusia agar ia tak perlu bersusah payah berbakti dan beribadah kepada Allah. Bukankah banyak orang yang tak beribadah pun dapat hidup senang dengan kekayaan melimpah, sebaliknya banyak para ahli ibadah namun hidup mereka tetap saja susah?
Maka banyaklah manusia goyah imannya mendapat serangan seperti ini, kecuali orang- orang yang telah mendapatkan hidayah Allah, ia akan menjawab dalam hati demikian :
“Memang, ibadah itu bukan untuk tujuan duniawi. Ibadah itu adalah syarat untuk meraih redha Allah dan kebaikan diakhirat, bukan untuk meraih hasil- hasil keuntungan material didunia ini. Sebagai makhluk yang telah diberikan hidup dengan segala kelengkapannya, sudah sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kepada yang telah memberikan kehidupan bagi kita dengan cara beribadah. Bukankah Allah sudah memberikan cara bagaimana untuk meraih kebahagian duniawi dengan kerja keras, dan pantang menyerah?. Nah untuk kebaikan akhirat dan redha Allah, kita lakukanlah amal ibadah”.
Maka syaitan pun mempersiapkan jurus pukulan maut keduanya yang lebih hebat.
2. Bentuk jurus pukulan maut kedua: Menunda amalan.
Setelah gagal menyesatkan manusia dalam serangan pertama, Syaitan akan menyerang dengan jurus pukulan maut kedua, Syaitan berkata: “nak buat apa beribadah sekarang ? Nak buat apa nak bertaubat sekarang ? Engkau masih muda lagi. Nanti bila sudah tua barulah beribadah, barulah bertaubat. Hidup sekarang enjoy dulu puas-puas …”.
Maka ramailah manusia khususnya remaja yang hanya bercita-cita hendak beribadah dan bertaubat, namun sekadar semangat dan cita-cita. Tidak terzahir dalam bentuk amalan. Ramai yang tertipu kerana di sangkanya waktu itu boleh terhenti, sedangkan waktu terus berjalan dengan amat pantas, sehingga tiba- tiba ia sakit, ada halangan atau ajalpun menjemput sebelum sempat berbuat sebarang amalan.
Namun seorang yang mendapat pimpinan dari Allah akan segera menyanggah rayuan manja syaitan ini dan dengan tegas ia menjawab:
“ Umurku tidak berada ditanganku. Siapa yang tahu dan dapat menjamin bahawa esok aku masih dapat menghirup udara kehidupan? Maka bila aku tunda ibadahku hari ini siapa yang dapat menjamin bahawa aku mampu melakukannya esok hari? Bukankah tiap saat dan tiap waktu dapat bernilai ibadah? Jika aku tunda amalan ibadahku hari ini maka bererti aku akan rugi hari ini kerana esok ada nilai ibadah tersendiri yang telah disediakan Allah kepada para hamba NYA yang ingin meraih kasih sayang dari NYA”.
Syaitanpun undur selangkah untuk maju ke jurus pukulan maut ketiga.
3. Jurus pukulan maut ketiga: Lakukan amalan secepat mungkin tanpa mempelajari ilmunya.
“Oh begitu”. Kata Iblis. “Engkau hendak beribadah sekarang, O.K!. Silakan, silhkan… Jom kita kerjakan secepat mungkin, tanpa perlu tahu kaifiyat dan tata caranya yang benar. Lakukan saja sebanyak- banyaknya. Soal ilmu dan kaifiyatnya, itu soal nanti…”
Maka ramailah manusia beribadah dalam kejahilan. Solat sebanyak-banyaknya, tetapi tidak tahu arah qiblat, tidak tahu rukun dan sayarat sah batal. Solat sebanyak-banyak rakaat, tetapi tiada thuma’ninah.
Sewaktu membaca Al- Quran pun, bacaannya tidak tartil, tidak bertajwid, tidak bermakhraj, sedangkan Rasulullah SAW pernah menegur para sahabat sewaktu membaca Al Quran, agar bacaannya mengikuti bacaan Jibrail yang tartil. Bila di anjurkan agar belajar mereka menjawab bahawa Allah tidak mempersulit hambanya untuk beribadah kepadanya.
Kecuali hamba- hamba Allah yang mendapat Taufiq Nya ia akan berkata: “ Bukankah Rasulullah pernah bersabda bawa: Amal ibadah yang sedikit namun sempurna adalah lebih baik daripada banyak amal dengan banyak kekurangan?”
Bagaikan kita membuat kerja tetapi cuai, tenaga yang digunakannya banyak tetapi imbuhan gajinya tak seberapa malah mendapat murka dari majikan. Begitulah bidalan bagi orang yang melakukan ibadah banyak tetapi jahil tentang ilmu ibadah, bukan sahaja ibadahnya tidak sempurna, tidak mendatangkan pahala, malah mendapat kemurkaan Allah.
4. Jurus pukulan maut keempat: Mempamerkan kehebatan amal ibadahnya.
Pada langkah keempat syaitan pun merasuki jiwa manusia BERILMU YANG SEDANG MELAKUKAN IBADAH itu, dan membisikkan di hati mereka dengan pujian: “ Lihat, lihat semua orang memperhatikan engkau. Engkau sungguh hebat dan berilmu dalam beribadah. Tunjukkan kepada mereka ibadah engkau itu….”
Orang- orang yang tergelincir terkena godaan syaitan segera timbul RIYA’ nya. Buktinya sewaktu solat di rumah dia buat ala kadar secara cincai-cincai bahkan zikir dan wirid selepas solat pun tak dilakukannya. Tetapi, apabila solat di masjid sangat kelihatan khusyu’nya dan zikir wiridnya pun sangat panjang dan kuat agar didengar orang. Padahal khusyu’ dan zikirnya itu sekadar mempamer, agar ia dipuji sebagai orang yang khusyu’ dalam solat……
Namun manusia yang beruntung akan menolaknya dengan mengatakan: “ Penglihatan Allah sudah cukup bagiku, kerana DIA lah yang akan membayarkan pahala NYA kepadaku, bukan yang lain. Manusia adalah makhluk tak berdaya, aku tak perlukan penghargaan mereka…”
Syaitan gagal lagi dan syaitan pun mundur satu langkah dan maju kembali dengan serangan berikutnya.
5. Jurus pukulan maut kelima: Merasa dirinya hebat dan paling layak masuk syurga.
Dengan berbisik Iblis berkata kedalam hati si Abid: “ Kau memang hebat… Kamu memang ahli ibadah terbaik di negeri ini, ikhlas pula. Ya..ya.. kaulah yang terbaik di negeri ini, yang paling ikhlas dan paling alim, yang paling layak masuk syurga. Yang lain tak setanding dengan kamu…”
Maka muncullah orang- orang yang UJUB, yang merasa dirinya paling hebat, paling alim, paling benar, paling suci, paling unggul dibanding orang lain, paling layak masuk syurga….Dia pun tak segan untuk mengecilkan dan merendahkan bahkan menghina orang lain. Dalam bahasa psychology mereka disebut mengalami MEGALOMANIA complex, suatu penyakit jiwa yang pernah dialami oleh Fir’aun, Namrud, Hitler, Mussolini, Ummu Jah dan lainnya.
Pada tahap ini mulai banyak para ustaz, pendakwah, ahli ibadah dan ulama terjebak dalam rayuan syaitan berupa ibadah RIYA’ dan UJUB tanpa di sedari, bahkan mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat yang lebih dahsyat iaitu HASAD dan DENGKI. Tatkala ia melihat pendakwah yang lain lebih berhasil, ustaz yang lain lebih banyak muridnya dan melihat ulamak lain lebih berjaya mengendalikan madrasahnya sebagai tanda betapa berjayanya dakwah Islam oleh sauadara seIslamnya. Tetapi disebabkan godaan syaitan, dia menjadi penghasut dan pemfitnah memburuk-burukkan orang atau jemaah yang sudah berjaya menzahirkan cara hidup Islam sebagai model ikutan. Kalau boleh dia hendak perubahan dan model tersebut terzahir dari dirinya.
Kecuali orang- orang yang mendapat perlindungan Allah, dia akan sanggup menolaknya dan berkata: Cukuplah Allah yang menggerakkan hatiku dan membalas amalku. DIA pula yang menyebabkan aku tergerak hati untuk melangkahkan kaki beribadah. Tanpa petunjuk NYA mana mungkin aku mampu melakukan segala kebaikan in? Maka apakah hebatnya aku, kerana aku hanyalah digerakkan oleh kekuatan NYA, kerana tiada daya melakukan perbuatan baik dan tidak ada kekuatan untuk menjauhi keburukan kecuali hanya dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung.
Setelah Syaitan gagal dengan senjata kelima, segera mereka menyerbu dengan serangan dan jurus pukulan maut keenam yang lebih dahsyat.
6. Jurus pukulan maut ke- enam: Seorang wali tak perlu lagi beribadah!
Serangan ini sudah begitu banyak menelan korban dan menggelincirkan para ulama besar. Mereka tanpa disedari termakan oleh tipu daya Syaitan. Syaitan berbisik: “ ooo…kamu seorang ahli ibadah yang berilmu. Kini anda telah sampai ketingkat ikhlas dalam beribadah. Riya’ dan ujub sudah berhasil kau jauhi, maka kini engkau telah begitu dekat dengan Tuhanmu. Engkau kini seorang MUQORROBIIN, seorang AULIA’ ALLAAH, seseorang yang pasti dicintai Allah. Maka kini engkau telah memasuki alam malakut dan DUNIA WALI yang tak perlu lagi bersentuhan dengan amalan-amalan lahir. Engkau kini bagaikan lautan yang dapat menyerap segala kotoran dari sungai sekotor apapun. Maka kini maksiat tak akan mempengaruhi samudera kebersihan hatimu. Hukum syariat itu hanya berlaku bagi orang AWAM, bukan untuk orang ROH seperti kamu, hukum syariat sudah tidak diperlukan lagi untuk orang setaraf kamu kerana tujuan syariat adalah agar manusia MENGINGAT TUHAN, dan kau kini sudah selalu mengingati NYA, jadi buat apa syariat bagimu?……”.
Pada tahap ini, ramailah para orang alim, ahli ibadah, ahli zikir, ahli tariqat, yang akhirnya menjadi SESAT. Syaitan membisikkan MALAMAT PALSU yang sesat menyesatkan, yang akhirnya memisahkan antara SYARIAT- TARIQAT DAN HAQIQAT, yang seharusnya seiring sejalan, berjalin dan berkelindan yang merupakan sebuah kesatuan tak terpisahkan, sebagai perwujudan dan pelaksanaan Iman, Islam dan Ehsan.
Namun orang- orang yang mendapatkan petunjuk Allah dapat selamat dari jurus pukulan maut berbahaya ini dan mampu menjawab demikian: “ Bukankah Nabi Muhammad SAW adalah makhluk yang paling mulia dan paling Allah kasihi. Itu pun Rasulullah SAW beribadah sampai pecah-pecah kakinya. Bukankah para sahabat Rasulullah SAW adalah manusia- manusia terbaik yang dididik oleh Rasulullah SAW, namun mereka juga berjuang menegakkan dan menjalankan syariat dengan mempertaruhkan harta bahkan jiwa dan nyawanya? Bukankah Allah telah berfirman: “ Sesungguhnya para Wali Allah itu mereka tak pernah merasa takut dan khawatir. Yakni mereka orang- orang ber IMAN dan mereka semuanya ber TAQWA. (Surah Yunus 62- 63). Maka apalah aku ini jika dibanding dengan mereka ?”
Maka Syaitan pun tertewas lagi , namun selepas surut sejenak, syaitan menyerang semula dengan jurus pukulan maut terakhir.
7. Jurus pukulan maut ke 7: Serahkan pada takdir, tak ada gunanya berikhtiar.
Kata Syaitan: “ Kau adalah orang berilmu, pasti tahu sabda Nabi tentang TAKDIR. Betapapun engkau rajin beribadah sehingga jarakmu dengan syurga tinggal sejengkal, kalau takdirmu ke neraka maka tetaplah kamu akan masuk neraka. Sebaliknya jika kau buat maksiat sampai jarakmu dengan neraka tinggal sejengkal, namun bila takdirmu kesyurga, pastilah kau akan masuk ke syurga. Bukan begitu? Jadi buat apa kalian bersusah-susah beribadah kepada Allah?”.
Orang yang mendapat taufik dari Allah akan berkata untuk menjawab rayuan godaan Syaitan tersebut: “Takdir itu adalah URUSAN ALLAH dan hak mutlak Allah semata, bukan urusan makhluk seperti aku ini. Tugasku sebagai seorang hamba yang baik adalah BERIKHTIAR dan melakukan usaha dengan sungguh- sungguh. Lagi pula aku ingin mendapat REDHA Tuhan ku yang menciptakan aku. Maka seandainya aku harus masuk neraka dalam keadaan aku berbakti kepada Nya, itu lebih aku sukai dari aku harus masuk kedalamnya dalam keadaan menderhakai Tuhanku….”.
Dalam ikhtiar kita berhadapan dengan serangan maut syaitan ini, maka hendaklah kita :
1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam
Semoga kita selalu dapat menangkis serangan dan rayuan Syaitan laknat, tentunya hanya dengan pertolongan Allah, Maha Pencipta alam semesta dan Pencipta Malaikat, Iblis, Syaitan, dan Pencipta kita semua.
Ulasan
Catat Ulasan