Tidak ada sesuatu yang kekal di dunia ini. Kematian merupakan sebuah hakikat yang akan menghampiri semua manusia. Tidak ada seorang pun yang mampu menolak atau menunda nya. Kematian menurut Islam adalah kepastian. Hanya Allah yang mengetahui waktu dan cara nya. Kematian sesuatu yang menjadi rahsia tidak ada manusia yang tahu bila ajalnya tiba. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Segala Pencerahan Serta Panduan Yang Terkandung Dalam Al Quran dan Sunnah adalah panduan. Di huraikan lagi oleh ulama. Wajar dihayati Oleh Setiap Umat Islam sebagai persediaan menghadapi kematian.
Ajal atau kematian adalah batas dan penamat
muktamad bagi fungsi
biologi. Iaitu terpisahnya roh dengan jasad. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus.
muktamad bagi fungsi
biologi. Iaitu terpisahnya roh dengan jasad. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus.
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ.
"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." Al-Anbiya: 35
Sebab itu manusia di wajib kan bertaqwa dengan berbuat kebaikan sepanjang waktu dan mengingat serta menyebut Allah setiap detik kehidupan nya sebab kematian boleh datang bila-bila masa.
Mati tidak mengenal usia, status sosial, ataupun kondisinya, baik sehat maupun sakit jika sudah takdir nya maka manusia tak memiliki kemampuan apapun untuk menghindari nya. Salah satu cara meningkatkan iman dan taqwa paling mudah ialah dengan senantiasa mendekatkan diri kepada-Nya.
Mati bagi orang mukmin adalah satu permulaan kehidupan. Kehidupan yang kekal abadi buat selama-lamanya. Mati bagi pencinta Allah dan Rasul, adalah syarat menemui cintanya.
Ulasan
Catat Ulasan