Langkau ke kandungan utama

RAHSIA KEKUATAN HATI.





Maksudnya: “Hari (Akhirat)
yang tidak bermanfaat
 harta dan anak-anak
 kecuali kembali dengan hati yang sejahtera.”
 (As Syu’ara: 88-89).


Pengaruh hati atau jiwa boleh memberi tenaga hidup
kembali yang telah hilang semangat. Merasa tiada luangnya untuk hidup dan berikhtiar di dunia ini. Abuya memberikan 
perhatian kepada pembangunan roh atau pembangunan jiwa. Iaitu program pembangunan Insan 
yang menjadi
 keutamaan bagi abuya.


Di zaman manusia sangat
Memburu keduniaan, sangat sedikit yang membawa
Tuhan dalam hidup atau
mungkin tiada langsung. Apabila manusia melupai
dan menyisihkan Tuhan,
manusia sudah menjadi
ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun kelihatan cantik dan
hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaan fungsi nya yang sebenar sebagai
makhluk ciptaan Tuhan.


Atau tidak lebih dari satu
objek yang saban hari
hanyalah fungsinya
memproses  najis. Bahasa mudahnya manusia
sudah menjadi kilang najis.


Tidak hairanlah
dunia hari ini dilanda krisis,
porak-peranda, tekan menekan permusuhan, perpecahan, 
tindas-menindas, menzalimi,
 hilangkasih sayang, mementing
kan diri sendiri, berbunuhan 
dan berperang.Segala macam 
gejala sosial sudah tidak
 dapat diatasi,diselesaikan 
dan dibendung.


Berbagai saranan, pendapat, idea, 
buah fikiran, aktiviti, agenda
 dan program sudah
dibawa kepada masyarakat.
Berbagai akta, undang-undang, peraturan dan penguatkuasaan sudah
dilakukan. Sudah ramai pula
 yang sudah terhukum
 namun semuanya gagal
mengatasi berbagai masalah
yang sudah sangat meresah
kan perasaan manusia.


Ini tidak lain kerana aspek
 yang paling utama kepada
manusia sudah dipinggirkan
iaitu Tuhan. Manusia sudah tidak takutdan cintakan Tuhan. Maka suburlah mazmumah dalam hati manusia. Sedangkan mazmumah itu adalah racun dalam kehidupan
manusia. Racun itu adalah
rosak dan merosakkan.
Kalaupun racun itu tidak
tumpah kepada pihak lain,
sifat diri racun itu sendiri
adalah rosak. Betapalah apabila racun itu merebak
maka ia akan mengakibatkan
 kerosakan yang mengerikan.


Di sinilah betapa pentingnya 
seketul hati yang kecil itu
diberi perhatian kerana
fungsinya amat besar. Hati
 yang kecil itu menjadi
penentu kepada kehidupan
manusia seluruhnya.
Hati yang penuh subur
dengan sifat sifat
mazmumah menjadi
kan kehidupan manusia
rosak binasa dan begitulah
sebaliknya.


Hati manusia
yang subur sifat-sifat
mahmudah akan menjadikan manusia bahagia, aman
damai, harmoni, berkasih
sayang dan penuh
kesejahteraan. Lebih-lebih
 lagi hati juga sebagai
penentu sama ada selamat
di Akhirat kelak atau akan
dihumban ke Neraka yang
amat azab.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...