Langkau ke kandungan utama

EGO MENGHAKIS KASIH SAYANG.



SOMBONG MEMBAWA RUGI.


Muaz r.a berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
“Firman Allah Taala:
( Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagungan-Ku akan mendapat mimbar-mimbar daripada cahaya yang di inginkan oleh para nabi
dan syuhada.”
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi ).
Sifat mazmumah ego ia menghakis rasa cinta dan kasih sayang dan silaturrahim yang telah lama dibina. Sifat ego inilah sebenarnya dugaan Allah terhadap kita.
Kata hikmah:
“Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati tak siapa yang tahu.”
Benar, memang benar tiada siapa yang tahu betapa hati kita terluka dengan perbuatan seseorang terhadap kita. Kita sedih, kita pilu, lantas menghukum dengan membawa diri dan tidak berpaling lagi untuk memaafkan.


Tapi sedarkah kita di satu pihak lagi juga mempunyai perasaan yang sama. Dia juga mungkin terluka dengan kita, bertambah parah apabila kita bersikap dingin dengan tidak mahu memaafkan, apatah lagi meminta maaf. Sama saling berpaling hanya menambah derita di dada.


Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi hamba-Nya yang sanggup memadamkan api ego mereka dengan memaafkan kesalahan orang lain. Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan seseorang yang meminta maaf kepada kita, dan kita lantas memaafkan kesalahan yang dilakukannya? Pasti dia berasa sangat gembira.


“Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
( An-Nuur,24:22 ).


Allah telah memerintahkan agar kita sentiasa sama saling bermaafan, jangan menyimpan dendam terlalu lama. Ia hanya mengundang kepada kehancuran silaturahim sesama kita. Bahkan, ego itulah yang telah memisahkan kasih sayang antara kita. Seperti mana terpisahnya kita dan kawan-kawan yang dikenali selama
ini.


Masa berjalan, semakin lama dunia semakin tua. Kenapa kita tidak mahu mengambil kesempatan yang ada dengan hidup berkasih sayang? Allah sangat menyayangi hamba-Nya yang sentiasa hidup berkasih sayang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...