( Simbol globalisasi ).
( Islam Abuya bersifat global).
Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yang diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
Dunia tanpa sempadan. Segala apa yang berlaku di Barat boleh dikongsikan di Timur dan seluruh penjuru dunia. Tanpa sempadan hanya sentuhan dihujung jari sudah boleh berlaku perkongsian.
Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya: Ponteng sekolah.Merokok dan menghisap dadah. Seks bebas dan jenayah seksual. Samseng dan gengtarisme.Vendalisme
Memeras ugut.Mencuri dan menyamun. Balck metal dan lumba haram.
Dunia hari ini bingung dalam
menghadapi berbagai masalah dan krisis manusia dan kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesai kan masalah dan tidak tahu
dimana tempat mengadu.
Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesai kan masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak berkurang an bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai gejala baru pula timbul.
Bukan sedikit tenaga,masa,
biaya dan idea yang dicurah kan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil yang diharapkan.
Mari kita mengambil iktibar
dan pengajaran mengapa
Rasulullah SAW mengambil
masa 13 tahun memperjuang kan Tuhan yang satu berbanding 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah
agar manusia kenal Tuhan.
Agar menjadikan segala-gala
nya dan sekaligus sebagai matlamat atau tujuan. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi beriman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu
untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala persoalan manusia.Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah.
Disini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenalTuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya,cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala
aspek kehidupan. Lebih-lebih
lagi sejahtera di Akhirat yang
kekal abadi.
Ulasan
Catat Ulasan