Langkau ke kandungan utama

BERJIWA TAUHID.



BERJIWA TAUHID.
Orang yang berjiwa tauhid cara menerima sesuatu berbeza dengan orang awam yang hanya ada ilmu tauhid. Walaupun perkara yang di lihat dan diterima perkara yang sama tetapi pemahaman orang yang berjiwa tauhid jauh berbeza.
Contoh, anak-anak adalah amanah dari Allah. Kerana anak-anak itu amanah dari Allah, maka rezeki mereka Allah yang selesaikan. Caranya Allah salurkan rezeki anak-anak itu kepada yang diamanahkan.



Maka kita Jaga elok-elok anak-anak tersebut dengan di beri kasih sayang yang cukup. Di didik dan di bimbing dengan agama elok-elok. Sedangkan ulat  dalam batu pun Tuhan berikan rezeki. Begitu juga kita menjaga ibu dan ayah.
Mereka sudah tidak berupaya. Kalau tidak berlaku demikian ertinya kita tidak berjiwa tauhid.



Apapun yang dilihat dan diterima hati sangat terhubung dengan Tuhan.  Bahkan mereka melihat Akhirat itu sangat hampir.
Tauhid tidak hanya merupakan salah satu prinsip agama, tapi ia adalah ruh dan jiwa seluruh ajaran Islam. Oleh karena itulah, maka setiap penyimpangan dari tauhid dan kecondongan ke arah syirik dianggap dosa yang tidak terampun.


Maksud firman Allah:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. ( Az Zumar 39:65 ).



Orang yang berjiwa  tauhid, iaitu orang yang mengenali
Tuhan  dengan mata hati.
Ada kisah berlaku di zaman Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah. Suatu hari,
sedang beliau berjalan -jalan,
beliau ternampak seorang budak gembala kambing. Umurnya sekitar 13 atau 14 tahun.
Sayidina Umar ingin menguji budak itu, lalu berkata kepadanya, "wahai budak,
bolehkah kamu jualkan kambing gembalaan kamu ini kepada aku. Sekiranya tuan engkau tanya kemana perginya kambing itu nanti,maka katakan sajalah kepadanya yang kepadanya
yang kambing itu sudah dimakan serigala. Bukan dia
tahu."



Budak itu terus menjawab,
"Ya Amirul Mukminin, aku tidak boleh berbuat demikian
kerana walaupun tuan aku tidak nampak tetapi Tuhan aku tetap nampak." Demikian
budak yang kecil itu boleh berkata kepada Sayidina Umar betapa hatinya dapat merasakan
bahawa perbuatannya itu tidak terlepas daripada penglihatan Allah SWT.



Mendengar jawapan itu, Sayyidina Umar seketika menangis seraya menepuk-nepuk bangga di atas bahu si budak itu. Dari kisah budak pengembala kambing sebagai contoh orang yang berjiwa tauhid. Imannya begitu teguh dan kuat sekali.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...