Langkau ke kandungan utama

WANITA DI SAYANGI.




Personaliti wanita yang disayangi Allah dan Rasul.
Islam telah memuliakan wanita setelah agama dan bangsa lain di muka bumi ini
menghina dan meletakkan
wanita sebagai hamba kepada nafsu seks dan sumber mencari harta dengan menggadaikan maruah dan akhlak mereka.


Islam meringankan tugas wanita. Meringankan tugas beban, meringankan bebanan perasaan dan lain-lain. Sementara kedudukan di Akhirat, mereka diberi kemudahan oleh Allah untuk
masuk syurga. Iaitu mereka
dengan hanya melakukan solat  waktu, puasa Ramadhan, taat suami dan menjaga maruah. Allah
menjamin mereka dengan balasan syurga.


Bila kaum wanita bermaruah
dan berakhlak, disitulah terletak nilai dan ketinggian
darjat dan mereka menjadi
golongan yang menyenang kan hati suami dan keluarga
serta harapan masyarakat
dan generasi akan datang.


Tapi jika akhlak wanita rosak, menyebabkan suami,
anak dan rumahtangga serta
masyarakat turut menjadi rosak dan porak peranda.
Tepat sekali kata hukama':
"Wanita adalah tiang negara
atau tunggak negara. Jika mereka rosak, maka rosaklah
negara dan jika mereka baik,
maka baiklah pula sesebuah
negara dan bangsa."
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Dunia merupakan satu keseronok kan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan  (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah." (Muslim).
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila
engkau memandangnya
menyenangkan hati, jika diperintah ditaat dan jika ditinggalkan dirumah ia menjaga maruah dirinya dan hartamu."(HR An-Nasaie).


Inilah nilai wanita sebenar
yang menjadi pilihan lelaki dan diperlukan oleh masyarakat. Nilai mereka
terletak pada iman yang tertanam didalam jiwa mereka dan akhlak mulia yang menjadi perhiasan dan pakaian diri mereka.


Demikian kedudukan wanita disisi Allah dan disisi Islam. Ia berkait rapat dengan kedudukannya di sisi suaminya, dalam rumah tangga dan dalam masyarakat serta alam sejagat amnya.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman