Langkau ke kandungan utama

HALA TUJU PERJUANGAN.




( Aktiviti terkini 2018 keluarga Abuya dan koleksi lama aktiviti perjuangan Abuya ).



Kemana hala tuju perjuangan Islam? Apakah tujuan perjuangan atau jihad dalam Islam?. Ada orang berjuang untuk melonjakkan maruah bangsanya. Ada yang berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi. Ada yang
ingin negaranya setanding
dengan negara maju seperti
Amerika Syarikat. Ada yang sudah ada kuasa dalam masyarakat, maka inilah masanya hendak bertindak kepada mereka yang  tidak disenangi selama ini. Itu perjuangan hasad dengki namanya.


Tujuan perjuangan Islam kerana hendak mengenalkan
Tuhan pencipta alam. Agar
disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola. Selepas
itu hendak memperkenalkan
syariat-Nya untuk keselamatan manusia. Agar
manusia hidup bersatu, berkerjasama, harmoni dan bahagia.


Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan. Ia merupakan
sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan.
Berjuang mengajak manusia
membesarkan Akhirat.
Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan.Di sana tempat kekal
abadi. Sama ada Syurga
mahupun di Neraka.


Sekalipun kita mendakwa dalam kebenaran, tetapi banyak pelanggaran syariat
berlaku Tuhan tetap murka.
Contoh kita gunakan wadah perjuangan bukan untuk Tuhan tetapi lebih kepada dapat memenuhi kehendak nafsu. Kepada mereka yang selama ini kita marah, inilah masanya untuk bertindak.
Kita merasa cemburu kepada individu, keluarga atau kelompok masyarakat yang
berjaya.


Di sini lah beratnya tugas
dan peranan para daie, pendidik, pendakwah,
mubaligh dan ulama.
Mengajak manusia menyembah Tuhan. Jalan dan caranya itulah syariat- Nya. Jalan membesarkan
Tuhan atau menyembah-Nya.


Kalau jalannya ikut cara sendiri, tidak ikut syariat tidak sampai kepada-Nya. Masyarakat Islam atau kelompok jemaah Islam perlulah di isi dengan pengisian rohani. Supaya jiwa mendapat makanannya.



Jihad fi Sabilillah ialah perjuangan yang benar-benar
kerana Allah dan untuk Allah
semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan
agama Allah dan hukum hakam Allah. Samada yang
melibatkan yang wajib, yang sunat, yang makruh mahu pun yang haram.Mana-mana
hukum yang mubah atau harus di perjuangkan agar
menjadi ibadah.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman