Langkau ke kandungan utama

GENERASI BERJIWA BESAR.





Sejarah telah membuktikan besarnya peranan 'ibu kedua'
dalam mendidik pemimpin-pemimpin besar Islam.
Nabi Muhammad SAW sendiri mempunyai dua orang ibu susuan. Iaitu Halimah Saadiah dan Thuwaibatul Aslamiah. Ibu dan ayah kandung Nabi SAW  telah meninggal ketika 
Nabi SAW kecil lagi.



Ibu susuan Nabi di suatu pergunungan yang terpencil.
Kecil-kecil lagi baginda sudah memikul tugas menjaga kambing untuk membantu keluarga bapa saudaranya, Abu Talib.



Banyak kelebihan dan keistimewaan mewujudkan
sistem ibu kedua ini. Kita ikut
melakukannya kerana ikut apa yang berlaku kepada Nabi SAW. Keuntungannya
bukan sahaja pada pihak anak, tetapi pada pihak ibu kedua itu sendiri.



Anak yang diasuh oleh ibu kedua itu akan terdidik kuat
jiwa, pandai berdikari, merdeka jiwanya. Mereka pandai bawa diri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.



Anak-anak yang tinggal dengan orang lain atau ibu kedua lebih mudah dididik. Berbeza jika anak itu ditangan ibu kandungnya.  Biasanya mereka rasa kurang takut dan cenderung
untuk bermanja-manja.



Anak tersebut jadi cepat matang dan faham erti perjuangan yang memerlukan pengorbanan.
Hasil daripada didikan dan kebiasaan ditinggal-tinggal kan.



Ibu kedua pula dapat melatih
diri untuk memiliki sifat yang
mulia. Iaitu berusaha mencurahkan kasih sayang
pada anak orang lain sebagaimana anak sendiri.
Begitu juga, zaman kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan Allah akan tertegak di Akhir zaman.
Memerlukan pejuang-pejuang yang berjiwa Sahabat. Gigih berjuang dan hati mereka tidak terpaut dengan dunia.



Inilah yang diperjuangkan oleh Abuya dan berusaha mencapainya. Sebagaimana
wujudnya sistem kedua pada
generasi salafussoleh, maka
sistem itu juga dalam perjuangan jemaah Abuya.
Sistwm ini banyak membantu melahirkan generasi pelapis perjuangan
Abuya.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...