Langkau ke kandungan utama

MEMBINA ROH ISLAM.



( Abuya menyuntik roh Islam kepada keluarganya ).


Bagaimana Abuya membina roh Islam ke dalam jiwa anak-anaknya. 
Abuya sangat serius menyuntik
 roh ISLAM ke dalam intitusi keluarganya. Sudah menjadi kebiasaan Abuya, selepas solat Abuya akan mengambil sedikit masa untuk berkongsi dengan anak-anak dan isteri-isterinya. Waktu itu disedari oleh anak-anaknya Abuya telah menanamkan roh perjuangan Islam kedalam jiwa mereka.



Dalam masa yang sama Abuya akan bertanya yang solat berjemaah bersama nya. Siapa yang tiada dikalangan kita. Cara tidak langsung terbina kepekaan dalam setiap orang yang sering di tanya. Sedar atau tidak dikalangan anak-anak, jiwa mereka sentiasa dihidupkan dengan kepekaan antara satu sama lain. Begitulah roh hidup berjemaah ditiupkan kedalam jiwa anak-anaknya.


Apa yang berlaku didalam rumahnya, begitulah yang Abuya lakukan kepada jemaah perjuangannya. Abuya orang yang sangat kuat disiplin. Dimana penjuru rumah Abuya kita berani solat sebab terjamin kesuciannya. Roh Islam terasa di suntik ketika berada disisinya.


Abuya memindahkan ilmu kepada keluarganya kebanyakan melalui tidak formal. Iaitu setiap kali selesai solat berjemaah Abuya akan menyampaikan ilmu dan berlaku perkongsian isu semasa.
Sebelum mereka melangkah
ke gelanggang perjuangan
terlebih dahulu mesti
memiliki ilmu dan
kefahaman tentang ilmu perjuangan.


Betapa susahnya perjuangan menegakkan
kebenaran itu kerana
kebenaran itu amat mahal
dan tinggi nilainya. Sedikit sahaja dikalangan
umat Islam ini yang mampu perjuangkan kebenaran kerana untuk memiliki ilmu
dan memahami segala liku
dan selok-belok perjuangan
 itu sudah amat sukar, betapalah untuk menempuh
perjuangan itu sendiri.


Kita sudah terlalu jauh dari
kehidupan perjuangan
Rasulullah SAW dan  para
Sahabat. Tiada siapa yang
berupaya mentafsirkan erti perjuangan itu secara
tepat. Masing masing ada
berbagai fahaman dan
tafsiran.


Kalau dalam pentafsiran
perjuangan itu sudah
pelbagai, maka dalam
perlaksanaan juga sudah
pasti berbeza dan kadang-kadang bercanggah antara
satu pihak dengan pihak lain atau satu puak dengan puak
lain. Lebih parah lagi
apabila masing-masing
pihak mempertahankan
bahawa takrif perjuangan
pihak merekalah yang paling tepat lantas mempertikai kan pula pengertian dan cara pihak lain.


Akibatnya bukan
saja Islam tidak tegak bah
kan semakin runtuh kerana
berlakunya krisis di kalanganpihak yang hendak
memperjuangkan Islam itu.
Sebab itu, tidak hairan
di mana saja di dunia ini
umat Islam terhina. Ini
kerana tidak mendapat
pembelaan Tuhan.


Tuhan tidak bela dan tidak
bantu para pejuang Islam  kerana kaedah yang dibawa sudah tidak menepati kehendak Tuhan dan sudah
 jauh menyimpang dari cara
yang pernah ditempuh oleh
Rasulullah SAW dan para
Sahabat.Kebenaran (Islam)
itu datangnya dari Tuhan.
Tuhan jugalah yang berhak
untuk memenangkan
agama-Nya.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...