Langkau ke kandungan utama

HIDUP SESUDAH MATI.





Saidina Usman R.A selalu menangis di kubur melebihi di tempat lain. Bila ditanya mengapa, jawabnya;
“Inilah tempat pertama, jika selamat, selamatlah di tempat lain. Jika disini kita gagal, gagal lah di tempat lain.” Tiada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan di Akhirat.
( اللهم لا عيش إلا عيش الأخرة ).


Mati ialah pergantian hidup
dengan jasad atau tubuh dengan kehidupan Akhirat.
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."
( Al Baqarah, 2:154 ).


Hakikat adanya hari " القيامة " pembalasan, hari Akhirat telah ditanam kepercayaan ini ke dalam jiwa umat Islam.
Kepercayaan dan keyakinan
tersebut telah disampaikan
oleh Rasulullah SAW hampir
1500 tahun yang lalu. Siapa
buat baik di dunia ini akan
akan menerima ganjarannya.
Begitulah juga sebaliknya
siapa yang melakukan kejahatan akan menerima balasannya.
Bagi manusia yang tidak di didik dengan agama, masing
masing berlumba-lumba mengejar kemajuan material hingga mengganggu gugat
keyakinan hidup sesudah mati. Kini pengaruh kebendaan yang lahir bertarung dengan pengaruh kerohanian yang batin.


Bagi umat Islam yang berpegang kuat dengan Quran dan Sunnah masih utuh iman dan kepercayaan mereka kepada perkara-perkara yang ghaib tersebut. Mereka terus berpegang kuat kepada kedua-dua sumber tersebut. (Quran dan Sunnah)


Kalau kita tidak mementing kan roh, tidak ada bezanya manusia dengan haiwan.
Pada hari ini pencapaian
ilmu manusia sudah tinggi
tetapi akhlak dan rohani semakin terbarai. Ilmu tinggi
melangit tetapi akhlak dan rohani separas rumput hanya
di pijak-pijak sahaja.


Kalaulah jasad yang sudah tidak berfungsi rohnya sudah keluar dari jasad, manusia sudah tidak ada bezanya dengan batu dan kayu. Memang asalnya manusia
dari tanah maka sudah setaraflah kembali dengan batu dan kayu. Kerana adanya rohlah yang membezakan kita dengan kayu dan batu.


Mati merupakan sesuatu yang pasti untuk setiap makhluk yang bernyawa, seperti itulah firman Allah. Kehidupan yang dijalani di dunia ini hanyalah sebuah permainan dan tempat singgah untuk sementara saja.


Dalam dunia Islam, kita mempercayai adanya kehidupan setelah mati. Kehidupan setelah mati tidaklah seperti di dunia ini. Kehidupan yang akan dijalani setelah mati adalah kekal dan abadi yang tempatnya secara umum disebut akhirat.


Sebelum menuju akhirat, kehidupan kita adalah di dunia seperti saat ini yang sedang kita jalani. Dan di dunia ini kita diperintah oleh Allah untuk mencari bekal sebanyak-banyaknya dengan cara menjalani segala sesuatu yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangannya.Oleh sebab itu, sebelum terlambat, sebelum ajal menjemput kita, marilah berlomba-lomba dalam hal kebaikan. Berlomba-lomba mencari bekal akhirat.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...