Membaca sambil tadabbur al-Quran, zikir dan selawat adalah vitamin hati manusia. Dapatkan dalam dos yang diperlukan oleh kehidupan supaya yang hidup bukan sekadar tubuh tetapi juga hati dan roh. Sedangkan Barat hanya menghidangkan apa yang menjadi keinginan nafsu sahaja. Dalam Islam nafsu adalah musuh kepada manusia. Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Sumbangan yang diberikan pejuang Islam Timur kepada kebangkitan kali kedua adalah sangat berharga. Iaitu menghidangkan makanan rohani kepada hati manusia. Kemajuan rohaniah yang dicapai oleh masyarakat pada hari ini adalah sumbangan daripada pejuang rohani dari Timur. Dengan adanya hidangan rohani manusia mudah untuk dihidupkan perasaannya kembali untuk rasa Cinta Agung, iaitu cintakan Allah. Orang Barat banyak yang sakit jiwa kerana sudah tidak mendapat hidangan rohani iaitu cintakan Tuhan. Akibatnya mereka tinggi tamadun materialnya tetapi jiwa mereka sakit. Pembangunan material tinggi mencakar langit. Budi pekerti a...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.