Langkau ke kandungan utama

IKHWAN ADALAH PEJUANG .



Sempena Maulid Rasul yang ke seribu empat ratus tiga puluh sembilan tahun, bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang telah jayakan mujahadah dan banyak berselawat. Usahalah untuk mempertahankan nikmat tersebut supaya berkekalan. Ikhwan adalah pejuang kebenaran di akhir zaman. Mereka di gelar ikhwan dan asoib di akhir zaman kerana cintakan Rasul walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad. Mereka orang yang dapat membawa Tuhan kemana-mana. 

Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa . Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan.

Firman Tuhan:

                   وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
( Al-Baqarah,2:115 ).


Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil.


Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.


Gaya hidup bangsa baru ( ikhwan dan asoib ) lisanul halnya yang mudah dan menyentuh dapat merubah dan memberi kesedaran pada orang lain. Kehidupannya adalah model berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, boleh menjadikan panduan kepada orang lain. 


Model kehidupan ikhwan sangat istimewa kerana dapat memberikan Tuhan kepada orang lain, berbanding dengan mana-mana tokoh lain yang tidak ada model kehidupan Islam yang dapat di contohi oleh orang lain. Penghayatan tauhidnya terkesan pada kehidupannya. Ia dapat bantu dan membuatkan berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa orang lain (insya ALlah) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah hakikat yang hak.


Bangsa baru itu ( Ikhwan dan Asoib ) membawa manusia kepada Tuhan. Mereka membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat, dan patuh kepada Tuhan. Mereka membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di akhirat.


Bangsa baru itu perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur dan mendahulukan orang lain. Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhuwah dan bersatu padu dan yang bekerja keras untuk mendapat reda Tuhannya.


Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Ertinya, agama Islam, yang kalau di ikut betul betul, akan membawa kepada kejayaan kerana ia adalah satu sistem hidup yang mempunyai peraturan. Agama lain tidak mempunyai peraturan dan sistem hidup. Ia lebih kepada kepercayaan dan peribadatan. Bagi umat Islam, kejayaan bergantung setakat mana mereka boleh mematuhi dan taat kepada agama lahir dan batin. Dan kejayaannya pula merangkumi kejayaan dunia dan akhirat.

     







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...