Bangsa Melayu Baru adalah pejuang kebenaran di akhir zaman. Mereka di gelar ikhwan dan asoib di akhir zaman. Mereka dapat membawa Tuhan kemana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan.
Mendapatkan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu. Dengan pimpinan guru yang mursyid dapat memimbing roh kita, melakukan pelbagai macam latihan lain untuk membaikki diri kita. Sejarah mencatit kejayaan pimpinan mursyid dikalangan mujaddid dan mujtahid telah berjaya melahirkan generasi yang soleh. Seperti Imam Ghazali, Imam Syafei dan sebagainya.
Begitulah ilmu tentang roh atau ilmu rohani. Ilmu tentang roh perlukan berguru dengan pimpinan guru Mursyid. Ia adalah ilmu untuk dapat mengesan sifat-sifat roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun yang mazmumah untuk ditumpaskan supaya roh kita ini bersih dan murni. Membersihkan roh atau itu mestilah melalui dua peringkat. Peringkat awal dengan mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi mengasuh,mendidik dan membangunkan roh kita. Roh kita yang terasuh, terdidik dan terpimpin oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi dapat Abuya buktikan dengan tercetusnya model kehidupan Islam. Model tersebut berjaya di cetuskan setelah Abuya berjaya ikatkan hati-hati kita kepada Islam yang praktikal. Dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi diutus Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal.
Mengikut pendapat Abuya Imam Ashaari At-Tamimi, boleh jadi juga Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (جسم الطيف)
(tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Di ibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat atau ia cahaya yang tersembunyi.
Menurut pandangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi, ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul,atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh dirasa benda yang tidak boleh diraba dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Wallahu 'alam.
Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Menurut pendapat Abuya Imam Malik Allah beri dia kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu.
Gaya hidup bangsa baru ( ikhwan dan asoib ) lisanul halnya yang mudah dan menyentuh dapat merubah dan memberi kesedaran pada orang lain. Kehidupannya adalah model berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, boleh menjadikan panduan kepada orang lain.
Model kehidupannya sangat istimewa kerana dapat memberikan Tuhan kepada orang lain, berbanding dengan mana-mana tokoh lain yang tidak ada model kehidupan Islam yang dapat di contohi oleh orang lain. Penghayatan tauhidnya terkesan pada kehidupannya. Ia dapat bantu dan membuatkan berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa orang lain (insya ALlah) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah hakikat yang hak.
Bangsa baru itu ( Ikhwan dan Asoib ) membawa manusia kepada Tuhan. Mereka membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat, dan patuh kepada Tuhan. Mereka membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di akhirat.
Bangsa baru itu perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur dan mendahulukan orang lain. Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhuwah dan bersatu padu dan yang bekerja keras untuk mendapat reda Tuhannya.
Kejayaan Bangsa Baru (Ikhwan dan Asoib) apabila dapat menghidupkan kembali roh Islam. Islam kembali gemilang seperti kebangkitan pertama di tangan salafussoleh. Manakala mereka menjadi umat yang disegani oleh bangsa-bangsa dan agama lain. Ketaatan mereka terhadap agama begitu tinggi. Ertinya, agama Islam, yang kalau di ikut betul betul, akan membawa kepada kejayaan kerana ia adalah satu sistem hidup yang mempunyai peraturan. Agama lain tidak mempunyai peraturan dan sistem hidup. Ia lebih kepada kepercayaan dan peribadatan. Bagi mengulangi kegemilangan Islam, kejayaan bergantung setakat mana mereka boleh mematuhi dan taat kepada agama lahir dan batin. Dan kejayaannya pula merangkumi kejayaan dunia dan akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan