Yahudi dan Nasrani sentiasa menyimpan dendam untuk mengusai dunia Islam. Mereka ingin menebus kembali kekalahan 14 kurun yang lalu. Dendam mereka terlalu mendalam kepada tokoh dan pemimpin Islam. Terutama sasaran mereka terhadap Rasulullah SAW, Khulafaurrasyidin, umumnya para sahabat Nabi SAW, Salahudin Al Ayyubi yang berjaya menawan kembali Baitul Maqdis, Thariq bin Ziyad panglima Islam yang berjaya mengibarkan bendera Islam di bumi Afrika Utara dan meneroka ke bumi Sepanyol, Ghibralta, Portugal dan Selatan Perancis.
Untuk tujuan itu dunia ini terbahagi kepada dua blok. Satu blok timur dengan ideologi sosialis dan satu blok Barat dengan ideologi kapitalis.
Melalui sistem tersebut musuh Islam menguasai dan memantau dunia Islam. Mereka telah membawa ideologi-ideologi tersebut khususnya kebelahan-belahan bumi dimana Islam bertapak kuat. Musuh-musuh Islam melancarkan peperangan fizikal dan peperangan saraf. Matlamatnya adalah untuk menguasai umat Islam sekalipun sudah merdeka. Stratigi diatur begitu rupa dengan menyalurkan ideologi yang telah mereka ciptakan tersebut.
Mereka menghancurkan tamadun rohani yang telah dibangunkan oleh tokoh-tokoh Islam. Mereka gantikan dengan tamadun material yang dipuja-puja oleh mereka. Dunia Islam terpancing dengan perangkap yang musuh pasang terbut. Kini walaupun negara-negara Islam telah merdeka tetapi fikiran umat masih ramai yang terjajah lagi. Sebab itu dunia Islam terbahagi kepada dua blok, ada yang lkut blok Rusia dan ada yang ikut blok Barat dengan ideologi kapitalisme. Mereka cuba menutup tamadun Islam dengan memberi gambaran seolah-olah tidak pernah wujud. Mereka menghancurkan kepimpinan Islam dan tidak penah berhenti memerangi umat Islam selagi umat Islam tidak tunduk pada mereka.
Firman Allah:
"وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾
Maksudnya:"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Sayidina Salman Al Farisi, yang asalnya seorang bangsawan dari Parsi. Parsi yang ketika itu ialah sebuah empayar yang menguasai dunia, yang bersilih ganti dengan Rom sebagai pesaingnya. Inilah dua kuasa besar yang saling bergilir menjajah bumi Timur Tengah. Tuhan ada cerita tentang kuasa besar di dalam Quran tentang hal ini. Jordan salah sebuah negara yang pernah berada dibawah kuasa Besar Rom.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah menanamkan keyakinan kepada murid-muridnya bahawa kini adalah era kebangkitan Islam sekali lagi.
Maka sejarah kebangkitan kali kedua ini juga bsar maka ia akan mengulangi kebangkitan pertama. Sebab itu sejarah kebangkitan Islam pertama adalah rujukan kita supaya dapat diulangi kepada era kebangkitan kali ini.
Kalau umat Islam pergi ke Jordan banyak kita dapati kesan peniggalan Rom disana. Banyak makam-makam para Sahabat Nabi SAW disana. Mereka gugur sebagai syuhadak ketika memperjuangkan Islam disana. Jordan adalah negara yang menjadi tumpuan Abuya. Terbukti kini ramai penerimaan orang-orang tempatan terhadap Abuya. Ada dikalangan mereka menteri, seperti Abu Anas sebagai menteri agama jordan, mufti Jordan Syeikh Noh Al Qudho, Syeikh tareqat Rifaiyah Syeikh Nasaruddin, beliau menemui salah seorang anak muridnya iaitu Syeikh Mustafa Abu Rumman yang kini menjadi anak murid Abuya. Syeikh tariqat tersebut tertarik hati dengan perjuangan Abuya.
Akhirnya dia bertemu dengan penulis setelah dia tahu bahawa ini adalah anak Abuya.
Negara Jordan banyak mencatit perkembangan perjuangan Abuya. Tidak ketinggalan wartawan tempatan mencatitkan perkembangan perjuangan Abuya. Sejarah telah mencatitkan, pada Setiap peperangan di kebangkitan pertama, selalunya kekuatan tentera musuh lebih hebat dan ramai daripada kekuatan tentera Islam. Saidina Ali karamallah wajhah berkata: "Kalah dan menang bukanlah disebabkan sedikit atau banyaknya tentera Muslimin tetapi Allahlah yang memenangkan agama-Nya dan menguatkan tentera-tentera dengan para malaikat sehinggalah mencapai kemenangan. Hal ini semakin menyuburkan dan meyakinkan tentera Islam.
Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, beliau adalah seorang ulama yang hebat. Abuya menguasai pelbagai jenis ilmu dalam Islam. Malah, Abuya menguasai lebih daripada 10 jenis ilmu yang menjadi syarat untuk seseorang menjadi ulama. Abuya bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu tersebut malah beliau sangat mengamalkannya. Daripada pengamalan ilmu-ilmu itu lahirlah model kehidupan Islam. Kerana ilmu-ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, bukan hanya bahan fikiran atau senaman akal sahaja. Ilmu itu bukan untuk berseronok memperkatakannya. Kerana itulah hasil pengamalan Islam melahirkan buah dan natijah yang sangat indah.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, nak dunia mesti dengan ilmu, mahukan akhirat pun perlukan ilmu. Mahukan kedua-keduanya pun perlukan ilmu. Ilmu yang diperlukan disini ialah ilmu yang boleh membimbing untuk menuju Allah dan akhirat. Ilmu yang akan diamalkan dalam kehidupan."Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." Al Mujadalah :11
Ilmu juga membezakan seseorang manusia yang beriman. Orang yang beriman, ilmu mereka tidak seperti ilmu awwamul muslimin. Ilmu mereka dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Disinilah membezakan darjat manusia yang beriman dengan yang lainnya, kerana ilmunya. Sepertilah firman Allah itu tadi. Kerana ilmu bukan hanya bahan kajian atau bahan fikiran semata. Malah ilmu itu turut akan dihisab di akhirat kelak. Maksud firman Tuhan: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya ialah ahli-ahli ilmu (ulama)." Al-Fathir : 28
Menurut Abuya, ahli-ahli ilmu yang takutkan Allah ini ialah mereka yang beramal dengan ilmunya. Seorang pemimpin perlukan ilmu, yang membantunya memimpin dan menyelesaikan masalah bawahannya. Ilmu-ilmu tersebut bukan ilmu rekaan akal yang seronok berfikir, namun ia berasal dari Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias.
Dari situ jugalah Abuya menamakan anak-anaknya atau keluarganya dengan nama-nama tokoh Islam. Supaya lahir dan batin mereka menyalin peribadi tokoh-tokoh ulama mujaddid, para sahabat, atau tokoh-tokoh dalam Islam.
Sejarah juga mencatat, wali-wali Allah yang diberikan ilmu laduni atau ilham atau ilmu rasa ini, pada asasnya mereka menguasai ilmu-ilmu lahir ini. Hasil pengamalan ilmu-ilmu yang berteraskan Quran, Sunnah, Ijma Ulama, dan Kias, maka Allah turunkan kepada mereka ilmu ilham atau ilmu rasa ini. Mana mungkin ilmu ilham atau ilmu rasa didapati tanpa melalui proses-proses mendapatkan ilmu-ilmu lahir yang bersandarkan Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias. Ilmu-ilmu dalam pegangan Ahli Sunnah Waljamaah tidak lari dari sumber-sumber ini.
Ulasan
Catat Ulasan