Langkau ke kandungan utama

TIGA CARA MENGENAL ALLAH.

TIGA CARA MENGENAL ALLAH.


Firman Allah:
                                         أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ
Maksudnya: " "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". 
( Al-A'raaf 7:172).

Berdasarkan ayat Al Quran di atas, jelas bahawa roh memang sudah kenal dengan Allah sejak mula diciptakan. Tetapi apabila ia dimasukkan ke tubuh kasar manusia, roh atau hati kita ini mulai kabur kerana tubuh kasar ini dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur. Apabila hati kabur, ia sudah tidak begitu kenal dengan Allah lagi. Yang kenal hanya akal sahaja. Atas dasar ilmu, akal kenal dengan Allah; kenal wujudnya Allah, Allah itu bersifat qidam, baqa' dan lain-lainnya. Malangnya hati belum kenal. Walau alim bagaimana sekalipun seseorang itu, tetapi kalau dia baru mengenal Allah pada peringkat akal, dia masih tidak mampu melaksanakan perintah Allah sungguh-sungguh. Sebab itu dia mesti kenalkan Allah sungguh-sungguh. Sebab itu dia mesti kenalkan semula hatinya dengan Allah sepertimana mula-mula ia diciptakan.


Apabila hati sudah dikenalkan semula dengan Allah, barulah hati mendorong kita melaksanakan sungguh-sungguh perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Jadi, ketika itu barulah kita berbuat selaras dengan ilmu pengetahuan kita tentang sifat-sifat Allah. Inilah 
yang dikatakan kenal Allah secara 'ainul yaqin,iaitu kenal dengan mata hati. Kalau kita sekadar mengenal Allah melalui akal, itu baru dikatakan mengenal Allah secara ilmul yaqin. Ilmu yang ada pada kita itu sudah dapat mengesahkan iman kita dan cukup sebagai permulaan untuk mengenal Allah dengan sebenar-sebenarnya. Tetapi tentunya tidak cukup kalau kita hanya memiliki iman yang sah sahaja.
Perlu pula kita tebalkan iman, memperdalamkannya agar menjadi kuat dan kukuh. Kerana itu hendaklah kita usahakan daripada kenal dengan ilmu kepada peringkat kenal dengan hati dan roh pula.


Sebagai pengetahuan kita, mengenal Allah SWT ini ada tiga cara.
Pertama: mengenal Allah tanpa huraian. Cara yang pertama ini ialah mengenal Allah tanpa ada huraian. Dia kenal Allah begitu sahaja tanpa
kenal sifat-sifatnya. Inilah pengenalan orang-orang kafir terhadap Allah SWT. Ini Allah terangkan di dalam Al Quran:

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ ۚ 

Maksudnya: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah (Luqman 31:25).

Fahamlah kita bahawa orang-orang yang bukan Islam itu pun kenal juga dengan Allah, dan mereka juga percaya, Allah-lah yang menjadikan langit dan bumi ini. Tetapi mereka kenal Allah bukan melalui sifat-sifat-Nya. Kalau kita katakan yang Allah itu wujud,qidam,
baqa' dan lain-lainnya, mereka tidak akan dapat memahaminya. Kalau demikian, sedikit sangat pengenalan mereka kepada Allah. Maka ia belum sampai kepada peringkat sah.


Kedua: Mengenal Allah dengan akal. Cara kedua mengenal Allah ialah melaui akal dan melaui ilmu pengetahun. Pada peringkat ini, kita kenal Allah dengan ilmu yang lengkap dengan dalil-dalil dan bukti samaada 
dalil akli atau naqli walaupun secara ijmali. (secara rangkuman), melalui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah SWT. Dan mengenal Allah pada peringkat ini, barulah sampai kepada peringkat mengenal Allah yang sah. Inilah yang dikatakan peringkat iman ilmu. Peringkat iman demikian belum mempunyai kekuatan dan ia tidak akan dapat mendorong seseorang untuk melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.


Ketiga: Mengenal Allah dengan Mata Hati. Cara yang ketiga ialah mengenal Allah dengan mata hati dan ini jugalah yang dikatakan jiwa tauhid. Iman pada peringkat ini dinamakan iman ayan. Jadi bagi kita yang sudah dapat mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dengan mata hati pula. Ertinya hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan. Dalam hal ini kita perlu perbanyakkan mujahadah terhadap hawa nafsu (مجاهدة النفس). Kita juga perlu bermujahadah dengan syaitan. Di samping itu, kita juga mesti cuba melaksanakan semua ibadah.

Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga Allah merahmati tuan dan keluarga.

    BalasPadam
  2. Terima kasih..ilmu bermanfaat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...