Perjalanan mengerjakan haji ke Baitullah Mekah adalah latihan perjalanan menuju Akhirat. Perhimpunan manusia dipadang Arafah adalah latihan kita berada di Padang Mahsyar. Pakaian ihram mengingatkan kita pakaian kita dibungkus ketika kita dimasukkan keliang lahad dikuburkan didalam tanah.Persiapan satu perjalanan adalah perlu. Keperluan bekalan yang dibawa bergantung
tempat yang dituju. Musafir ke Singapura tidak sama musafir ke Eropah. Singapura negara yang dekat, bekalan tidak perlu banyak. Duit yang sedikit dan pakaian yang tidak banyak mencukupi.
XPDC ke Eropah jarak perjalanannya yang jauh. Maka memerlukan duit yang banyak dan pakaian yang tebal diperlukan kerana disana negaranya sejuk. Perbezaan jarak bekalannya juga berbeza. Mengapa berbeza persiapan bekalan yang hendak dibawa?
Keperluan bekalanan yang hendak dibawa juga tidak sama. Kerana jarak perjalanan tidak sama, keperluannya juga tidak sama. Ke Eropah cuacanya berbeza, adanya salji dan terlalu sejuk memerlukan pakaian yang tebal untuk melindungi diri daripada cuaca yang lebih sejuk.Pakaiannya juga tebal tidak sama dengan cuaca panas pakaian yang nipis pun mencukupi.Hendak pergi jauh dengan duit yang sedikit sudah tentu tidak akan sampai.
Akhirat adalah suatu perjalanan yang jauh. Adalah penghujung kehidupan manusia. Hari akhirat adalah hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah SWT dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna dan hari diperlihatkan dan di pertontonkan semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu kita hidup di dunia.
Juga pada hari itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata penuh penyesalan:
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal shalih) untuk hidupku ini.”
(Al-Fajr/89:24).
(Al-Fajr/89:24).
Taqwa adalah bekalan untuk dunia dan hari Akhirat. Firman Allah SWT:Maksudnya: “Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.” (Al Baqarah: 197) Ramai muallim menghuraikan sifat taqwa itu adalah bekalan di hari Akhirat. Itu tidak boleh dinafikan. Itulah yang penting. Itulah yang asas.
Tetapi bagi orang mukmin, taqwa juga perlu sebagai bekalan untuk dunia. Sebab jalan dan landasan kejayaan di dunia bagi orang mukmin adalah taqwa. Dengan taqwa dia dibantu Tuhan. Untuk berjaya dalam berekonomi perlukan taqwa. Hendak dapat kemenangan dalam perjuangan mesti dengan taqwa. Hendak mendapat bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah berdasarkan taqwa. Hendak terlepas dari azab, penderitaan dan bala bencana di dunia mesti dengan sifat taqwa. Di sinilah kita lihat, bukan sahaja taqwa itu penting di Akhirat tetapi untuk orang mukmin, mereka juga mendapat bantuan, rahmat, berkat, kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan dari Tuhan di dunia lagi dengan adanya sifat taqwa.
(XPDC bermula 22-25/2/2019.
Tuhan janjikan kepada orang yang bertaqwa:
1. Rezekinya terjamin
2. Lepas dari bencana
3. Diberi kejayaan
4. Diberi kemenangan
5. Dihapuskan dosanya
6. Diturunkan berkat dari langit dan bumi
7. Diberi bantuan dan pembelaan
8. Dilepaskan dari masalah hidup
9. Diberi ilmu
10. Dipermudahkan urusan
11. Diwariskan bumi ini
Firman Allah SWT: Maksudnya: “Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
Maksudnya: “Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Kami akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
Maksudnya: “Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya dipermudahkan urusannya.” (At Thalaq: 4)
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, necaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
Maksudnya: “Barang siapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.” (At Thalaq: 2-3)
Maksudnya: “Sesungguhnya bumi ini diwarisi hambahamba- Ku yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)
Kalau tidak ada taqwa, mungkin Allah bantu juga seperti Allah bantu orang-orang kafir. Ertinya dapat bantuan dan pertolongan atas dasar istidraj iaitu atas dasar kutukan dan kemurkaan Tuhan. Tuhan beri dengan tidak redha. Istidraj sebenarnya adalah satu tipuan dari Tuhan. Akhirnya nanti akan terjun ke dalam Neraka. Dengan kejayaan itu mereka akan berbuat maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi. Ia akan rosak dan merosakkan.
Di sini jelas bagi kita bahawa sifat taqwa itu bukan sahaja perlu di Akhirat tetapi perlu juga di dunia lagi. Orang kafir Allah menangkan atas dasar quwwah (kekuatan lahir). Orang mukmin diberi kemenangan atas dasar taqwa.
Ulasan
Catat Ulasan