Hadist Nabi SAW: أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم] Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat berpunca daripada maksiat dan gejala hati yang jahat. Oleh itu musnahkan lebih dahulu maksiat hati, dengan sendiri maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat akan ter musnah dengan sendiri. Sampan kehidupan macamlah sampan di laut, sentiasa sahaja berkehendak dengan ombak yang sentiasa bergelora tidak henti-henti. Kalau tidak pandai mengendalikan sampan kehidupan ini dia akan karam dan lemas tenggelam. Kalaulah maksiat lahir dan gejala masyarakat hendak dibendung dengan peraturan, undang-undang, akta-akta,...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.