Pejuang rohani adalah penyelamat manusia. Dia sangat mengambil berat keselamatan manusia di dunia lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat. Dia adalah doktor rohani manusia. Pada hari ini manusia lebih ramai yang terkena sakit rohani. Manusia umumnya ambil berat sakit fizikal atau jasmani. Penyakit jasmani seluruh dunia manusia ambil berat, mereka sangat takut ditimpa penyakit fizikal. Dengan seriusnya melahirkan doktor-doktor untuk mengkaji, menyelidik, mengubat, mengawal, mempromosi penyakit-penyakit terutama yang merbahaya, mengesan sumber-sumber penyakit, meneliti ubat-ubatnya, menjaga makanan, membendung jangan menular. Doktor-doktor penyakit lahir ini bukan sekadar mengingatkan, bukan sekadar buat penerangan tapi turun tangan secara praktikal. Doktor-doktor memberi makan ubat memperogramkan si sakit.
Kalau pesakit patut dibedah, doktor akan buat pembedahan. Kalau pesakit patut rehat, maka dia direhatkan. Kalau pesakit patut tidur dia ditidurkan. Patut dibuat gerakan fizikal dia digerakkan. Kalu pesakit patut dipotong dipotnglah dia. Setiap tahun direka alat-alat canggih pengesan penyakit, berbilion-bilion ringgit dikorbankan. Padahal penyakir lahir ini merbahayanya menderita di dunia dan di Akhirat beruntung, dia penghapus dosa atau meninggikan darjat sesorang di Syurga. Tapi sakit rohani sangat merbahaya, di dunia melahirkan gejala-gejala masyarakat yang merosakkan bukan sahaja diri orang itu tetapi agama, bangsa dan negara di Akhirat kelak masuk Neraka.
Tetapi penyakit rohani tidak boleh di pandang ringan ia sangat merbahaya. Mengubatinya sekadar ceramah-ceramah, forum-forum, memberi ilmu ala kadar tidak ada doktor-doktor kerohanian yang benar-benar terjun turun tangan mendekati si pesakit, tidak ada penyelidikan, tidak ada kajian tidak ada ubat yang tepat, tidak ada latihan, tidak ada program yang teratur, tidak begitu ada pencegahan dan larangan. Mengubati penyakit rohani sambil lewa sahaja. Mengorbankan wang ringgit memerangi penyakit kerohanian terlalu terbatas, doktor-doktor dan cara mengubatinya tidak ada terangkai seluruh dunia seperti mana penyakit jasmani.
Pejuang rohani sebenar orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar. Dia tidak kenal kecewa di dalam perjuangan. Pejuang rohani orang yang ada cita-cita dan berjiwa besar. Kalau perjuangannya itu ibarat sampan di laut waktu cuaca baik dan angin baik, lautan tenang dia lajukan sampannya. Waktu sekali sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan-perlahan dan dengan penuh berhati-hati. Bijak menongkah ombak dan pandai mengelecek angin. Waktu kapalnya karam setengah kawan-kawannya tenggelam, pandai pula dia berenang dan mampu ke darat sampai ke darat dia rehat seketika selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan kemudian belayar semula dengan satu taktik dan stratigi yang baru pula. Namun putus asa tidak ada di dalam kamus hidupnya.
Kalau ada umat Islam boleh berjuang hari ini, di zaman Barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-laindi samping membangun mereka berakhlak, disamping berkemajuan tiada diskriminasi, di samping kuat ekonominya mencurah-curah berkorban, membantu dan menolong pula. Disamping mempunyai ilmu, tawadhuk, merendah diri, khusuk. Di samping ada kemudahan hidup, bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta. Merekalah pejuang kebenaran di akhir zaman yang di cemburui oleh Para Sahabat Nabi SAW. Mereka itulah yang di gelar ikhwan di akhir zaman. Mereka sangat memikirkan penyakit rohaniah yang banyak berlaku kepada umat Islam sekarang. Orang yang tidak merawat penyakit rohani padahnya adalah Neraka. Sedangkan orang yang terkena sakit jasmani adalah penghapusan san dosa bagi yang redha.
Ulasan
Catat Ulasan