Langkau ke kandungan utama

KUNCI KEBAHAGIAN HIDUP MANUSIA.



Apa yang perlu kita fahami, kunci kebahagian hidup manusia di dunia ini ialah apabila berlaku dan tercetus kemajuan material dan kemajuan insaniah serentak. Perlu ada pertemuan di antara tamadun lahiriah dan tamadun rohaniah di dalam satu masa. Manusia yang hidup di muka bumi ini memerlukan berbagai-bagai keperluan. Bagi melengkapkan dan menyempurnakan kehidupan mereka di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Negara terdekat dunia namanya dan negara yang jauh atau Akhirat namanya kekal abadi.


Manusia itu diciptakan ada jasad lahir dan jasad batin. Jasad lahir ialah anggota lahir atau fizikal yang dapat dilihat dan disentuh. Jasad batin pula ialah anggota yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, iaitu terasa adanya, tetapi tidak dapat dilihat dan disentuh. Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu dibekalkan keperluan hidupnya. Kalau tidak kedua-duanya akan rosak. 


Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan di Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatian dan diberi keperluan hidupnya, maka ia tidak seimbang. Kalau jasad lahir sahaja diurus keperluannya, sedangkan jasad batin tidak diurus, senang hidup di dunia tetapi susah kehidupan di Akhirat. Kalau jasad batin sahaja diurus keperluannya sedangkan jasad lahir tidak diurus, senang kehidupan di Akhirat  susah kehidupan di dunia.


Oleh itu, manusia hendaklah mengurus jasad lahirnya dan juga keperluan jasad batinnya. Barulah ia akan seimbang. Agar manusia boleh berbahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat. 
Dengan demikian, barulah manusia dapat menjadi manusia yang sempurna yang mendapat kebahagian di kedua-dua negara. 


Jasad lahir manusia memerlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan, kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi. Untuk itu manusia membangunkan tamadun lahir. Dibina bangunan dan rumah, jalan raya, dibuka ladang dan dicipta alat-alat pertanian, dibina kenderaan, kilang, pekan dan bandar dan berbagai-bagai lagi. Tamadun lahir ini sangat maju dan berjaya. Ia sudah hebat dan mengkagumkan dan sudah sampai kepada kemuncaknya.


Islam yang indah ia bersifat global. Semua aspek Islam terbawa dalam setiap tindakan. Aqidah dan syariah terbawa dan berlaku dalam semua aspek dan tempat. Islam yang indah dan bersifat global adalah idaman semua bangsa di dunia. Tidak semua bangsa mampu atau layak mencapainya. Ia adalah kurnian Tuhan setelah semua tuntutan Tuhan lahir dan batin ditunaikan. 


Masyarakat yang dapat menikmati kebahagian hidup adalah idaman semua bangsa di dunia ini. Masyarakat Islam yang dibangunkan dan dimajukan berpaksikan iman atau akidah adalah selamat dan menyelamatkan. Rohani merangkumi akal, jiwa dan nafsu. Masyarakat yang sudah dibangunkan akal mereka dengan bermacam-macam ilmu. Nafsu mereka sudah dapat dibersihkan daripada nafsu amarah. Fizikal mereka dapat dibangunkan berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...