Langkau ke kandungan utama

MENJEJAK MAKAM SITI HAWA.




MENJEJAK MAKAM SITI HAWA.


Ribuan tahun adalah satu jangkamasa yang lama bagi umur manusia. Disisi Allah adalah satu masa yang terlalu singkat. Nisbah perhitungan masa ialah satu ribu tahun yang kita hitung disisi manusia baru satu hari disisi Tuhan. Bila kita membaca sejarah nabi Adam dan akan dikaitkan juga dengan isterinya Siti Hawa. Kisah Siti Hawa bersama nabi Adam suaminya. Siti Hawa orang perempuan pertama yang Tuhan ciptakan dari tulang rusuk nabi Adam. 


Pergantungan dan pertolongan mereka hanya kepada Allah. Didalam Al Quran Tuhan ceritakan bagaimana nabi Adam belajar semua nama-nama ciptaan Tuhan. "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".(Al Baqarah 2:31).


Namun para malaikat masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Iaiu menjadikan khalifah Allah di muka bumi ini. Penjelasan Allah dalam Al Quran, "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".(Al Baqarah 2:30).


"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."(An Nisaa 4:1).

          
Siti Hawa isteri nabi Adam AS,adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Simbul wanita yang Tuhan minta manusia jaga pasangan hubungan silaturahim. Darinya dunia ini dimeriahkan dengan zuriat manusia. Kesediannya kepada nabi Adam untuk menyahut perintah Allah bagi memakmurkan muka bumi ini dengan zuriat keturunan. Siti Hawa adalah lambang kesuburan kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada suaminya. Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kesuburan kewanitaan sejati. 


Kota Jeddah menjadi saksi kehadiran seorang perempuan yang menjadi pasangan kepada nabi Adam. Kota Jeddah merupakan tempat peristirahatan terahir Siti Hawa, Isteri dari Nabi Adam A.S. karenanya Jeddah dari bahasa Arab yang bermaksud ‘nenek’ dalam kaitannya dengan sejarah tersebut. Makam Siti Hawa berada di kawasan pemakaman lama di pusat kota Jeddah. Makam ini dikenal sebagai Moqbara Umna Hawwa (makamnya bunda Hawa).


Pada tahun 647M, Khalifah Saidina Usman lah yang pertama kali menjadikan kota Jeddah sebagai kota pelabuhan laut internasional bagi jemaah haji yang yang datang dari seluruh penjuru dunia, menjadikan Jeddah sebagai gerbang utama bagi para calon jamaah untuk menuju ke Mekah dan Madinah karenanya kota Jeddah juga mendapatkan julukan sebagai “pintu gerbang dua tanah haram”.


Sementara "Bukit Sofwa dan Marwa" adalah simbul kepada ketabahan seorang wanita yang bernama Siti Hajar. Hikmah ibadah Sa'i merupakan akan ibadah yang menyelusuri (menapak tilas) jalan, pengalaman serta penderitaan yang di alami oleh Siti Hajar, maka untuk lebih khidmat dan khusuk pelaksanaannya, maka para jama'ah dianjurkan membayangkan derita dan kesulitan yang dialami oleh Siti Hajar ketika mencarikan air untuk anaknya Ismail yang ditinggal oleh seorang ayah Nabi Ibrahim yang mendapat perintah dari Allah.


Terlalu banyak kesan sejarah yang kita boleh ambil pengajaran di Arab Saudi yang kurang didedahkan kepada umum. Keutamaan perjuangan di era sekarang (setelah Pemuda Bani Tamim menyediakan tapak kebangkitan Timur), ialah berjuang untuk melaksanakan model cara hidup Islam di tengah-tengah masyarakat yang lebih luas. Ertinya kita bergelanggang di tengah-tengah masyarakat. Abuya adalah tokoh ahli sunnah wal jamaah. Abuya menjadi benting ketika Iran melalui pengaruh Khomani berjaya menggulingkan Raja Iran dan terus mengembangkan pengaruh ajaran Syiah keseluruh pelusuk dunia. Abuya juga adalah benting dari pengaruh wahabi masuk ke Malaysia. Panduan-panduan yang kita dapat perlu dikongsikan kepada masyarakat umum khususnya di Malaysia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...