Abu al-Hasan bin Isma'il al-Asyaari. (ابو الحسن بن إسماعيل اﻷشعري) (lahir: 873- wafat: 935), adalah seorang pemikir muslim pendiri mazhab Ashaariah. Latar Belakang namanya Abul al Hasan Ali bin Ismail al-Asyaari keturunan dari Abu Musa al Asyaari, salah seorang penghubung dalam krisis antara ,Ali bin Abi Thalib dan Mu'awiyah. Al-Asyaari lahir tahun 260 H/873 M dan meninggal pada tahun 324 H/935 M [1] Al Asyaari lahir di Basra, namun sebahagian besar hidupnya di Baghdad. Beliau telah mengembangkan ajaran seperti sifat 20.
Banyak tokoh pemikir Islam yang mendukung pemikiran-pemikiran dari imam ini, salah satunya yang terkenal adalah "Tokoh hujjatul Islam" Imam Al Ghazali, terutama dibidang ilmu kalam terutama di bidang ilmu kalam/ilmu tauhid/ushuludin. Beliau semasa kecil di Basra dan dewasa hingga meninggal di Baghdad. Kota Baghdad, semasa zaman Imam Abu Hanifah kota tersebut dikenali dengan kota ilmu pengetahuan. Ramai ahli-ahli fikir lahir dari kota Baghdad. Guru-guru imam Abu Hanifah dari kota Baghdad ialah Ibrahim, Umar, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud dan Abdullah bin Abbas.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi mengajar aqidah menggunakan kaedah mazhab Ashaariah, iaitu merujuk kepada tokoh tersebut. Kitab yang menjadi teks rujukan ketika Abuya mengajar berdasarkan matan kitab RISALAH TAUHID. Kitab tersebut iaitu RISALAH TAUHID terkenal di Malaysia terutamanya di Johor, Selangor, Melaka, dan Wilayah Persekutuan. Kitab RISALAH TAUHID berkembang luas di Brunai dan Singapura. Kitab RISALAH TAUHID menggunakan metod atau kaedah yang digunakan oleh Syeikh Abu Hassan Al Ashaari. Beliau tokoh ulama terkenal di awal kurun ketiga Hijrah. Kehebatannya itu melayakkan ia menjadi seorang mujaddid di kurunnya.
Ilmu usuluddinnya sangat hebat dan mengkagumkan. Perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Abul Hassan Al Ashaari memecahkan tradisi dizamannya dengan menggunakan dalil Al Quran serta diperteguhkan dengan hujah atau dalil akal. Bahkan metod daripada ulama besar inilah yang diterima sebagai pegangan atau aqidah oleh empat mazhab Ahli sunnah Wal Jamaah iaitu pengikut-pengikut Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi'i dan Imam Hambali, sejak ribuan tahun yang lampau hinggalah sekarang ini.
Pada tahun 1990 penulis berkesempatan menziarahi masjid Syeikh Abdul Kadir jailani, didalam masjid terdapat makam beliau. Kami menziarahi makam tersebut pada hari khamis bersamaan 11 januari 1990. Ramai yang berziarah waktu itu. Ia terletak disebelah timur kota Baghdad.Beliau dikenali juga sebagai Imamul Arifin dan berketurunan Ahlul bait. Nama penuhnya Syeikh Abdul Kadir bin Abdullah Al Muhdi bin Hassan bin Ali bin Abi Thalib.
Banyak atau mejoriti umat Islam di Asia Tenggara menjadi pengikut atau yang mengikuti pemikirannya. Orang-orang yang mengikuti/mendukung pendapat/fahaman imam ini dinamakan kaum/pengikut "Asyariyyah", dinisbatkan kepada nama imamnya.
Kefahaman yang dipadukan dengan faham ilmu Tauhid yang dibawa
atau dikembangkan oleh Imam Abu Manshur Al-Maturidi. Ini dapat dilihat dari metode pengenalan sifat-sifat Allah yang terkenal dengan
nama "20 sifat Allah", yang banyak diajarkan di pesantren-pesantren Indonesia atau pondok-pondok di Malaysia yang berdasarkan Ahlussunnah Wal Jama'ah dan Nahdatul Ulama (NU)
khususnya, dan sekolah-sekolah formal pada umumnya.
Bahkan pegangan usuluddin mengikut kaedah Abul Hassan Al Ashaari inilah menjadi aqidah umum bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Dan telah menjadi salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah agama sama ada di sekolah agama rasmi kerajaan atau pun swasta, termasuklah sekolah yang bercorak pondok. Walhal usuluddin mengikut kaedah (metod) Abul Hassan Al Ashaari ini telah jadi pegangan semua pejabat agama seluruh Malaysia kecuali Perlis dan beberapa individu terutamanya segelintir ulama di akhir-akhir ini yang telah terpengaruh dengan fahaman wahabiah yang datang dari negara Saudi.Sejak tertegaknya kerajaan Ibnu Saud sejak 80 tahun yang lampau barulah datangnya perubahan dimana mereka menolak ajaran usuluddin mengikut metod yang menjadi pegangan Abul Hassan Al Ashaari ini bid'ah.
Apa kata Abuya Imam Asyaari Muhammad Attamimi tentang kejayaan revolusi di Iran:
"Ada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibunuh dan dipenjara oleh orang-orang Khomeini. Perlembagaan yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah."
"Syiah jauh bezanya dengan Ahli Sunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam sejarah perjuangan Syiah, Ahli Sunnah adalah musuh ketatnya."
"Syiah jual nama Islam sebab itu mereka dapat bertapak kuat dan berpengaruh di Iran, Iraq, Pakistan dan India."
"Jadi kejayaan revolusi Iran bukanlah sesuatu yang membanggakan kita. Malah bagi orang yang mengenal Syiah, kejayaan revolusi dirasakan satu tamparan pada Ahli Sunnah. Revolusi itu kecil saja ertinya pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam."
"Tapi aneh, ketika berita kejayaan Khomeini menumbangkan Shah sampai pada kita, umat Islam khususnya setengah pejuang-pejuang Islam di Malaysia berlompatan gembira. Perhatian diarahkan ke Iran. Semangat revolusi ditiup merata-rata dan Khomeini dipilih sebagai imam mereka. Hingga sekarang, sudah ada orang Malaysia yang bermazhab Syiah atau paling tidak mengiktiraf kewujudan Syiah."
Kata Abuya, ketika bersama-sama kepimpinan jemaah-jemaah Islam di Malaysia, selepas pulang dari Iran kerana dijemput untuk seminar yang dibuat kerajaan Iran yang baru oleh Khomeini selepas Shah Iran ditumbangkan: "Syiah atas nama Iran sudah ada empayar. Wahabi pun ada empayar atas nama Saudi. Kini hanya Ahli Sunnah sahaja yang belum ada empayar. Kalau begitu kita mulakan supaya berlaku empayar Sunni di tangan kita."
Betul.buat empayar ahli sunnah Wal jamaah.hapuskan empayar munafik yg jual ajaran islam
BalasPadamBenar, suruhlah perkara yang Ma'ruf, cegahlah perkara Mungkar. Jangan campurkan kebenaran dengan kebatilan.
PadamAssalamualaikum. Boleh tinggal kan nombor telefon blogger. Saya nak cerita sesuatu
BalasPadam