MAKANAN DAN HIBURAN ROH.
Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam, ialah mereka yang dapat memberi makanan dan hiburan rohani kepada manusia. Barang kali kita boleh kiaskan makanan atau hiburan roh sama seperti keperluan makanan jasad lahir.Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan.
Jasad akan gemuk dan subur kalau
dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukan badan sihat bertenaga
dan tidak berpenyakit
seperti diberi makan nasi, daging,
ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi.
Ia merupakan makanan
berzat yang mampu membina tubuh. Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar,
cergas aktif dan bergerak tangkas.
Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih
untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, selawat, tahlil, solat atau sembahyang, puasa, baca Al Quran, doa,tafakur, mendapat ilmu yang memberi manfaat, memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah,
faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qada'dan qadar Allah SWT.
Juga berjuang dan berjihad, berdakwah dan mengajar kerana keredhaan Allah SWT. Berkhidmat dengan manusia samada dengan ilmunya, tenaganya, hartanya dan lain-lain lagi. Berbuat dengan kefahaman dan penghayatan serta dengan hati yang penuh ikhlas.
Bila makanan yang baik untuk roh ini diberikan maka roh itu akan subur dan sihat.

Ulasan
Catat Ulasan