Maksiat yang tidak dianggap sebagai maksiat ini ialah kegiatan berhibur dan berlalai-lalai yang tidak sedikit pun menyentuh akal atau pun jiwa tetapi semata-mata menyentuh dan menyuburkan nafsu. Akhirnya para remaja ini memenuhi disko, premis video game dan pusat-pusat karaoke.
Para remaja berpoya-poya dan melepak-lepak. Dalam benak dan fikiran mereka tidak lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang bersangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka ialah majalah hiburan, hiburan-hiburan. Mereka jadi orang yang lalai dan perfoya-foya.
Para remaja terlalu asing dengan persoalan iman, persoalan taqwa, Ibadah dan akhlak. Mereka jauh dari Al Quran. Yang mereka tahu hanyalah melalak sana, melalak sini. Masyarakat hendak jahanam ke, negara hendak kena gadai ke, mereka tidak ambil peduli.
Inilah kesan dari budaya hiburan.
Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah para remaja kerana tidak berdisiplin, tidak ada tujuan hidup, pemalas,tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan.
Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah para remaja kerana tidak berdisiplin, tidak ada tujuan hidup, pemalas,tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan.
Walhal kitalah yang telah merosakkan mereka itu. Kita tidak henti-henti menyogok mereka dengan hiburan dan kelalaian dan dengan kekarutan dan kealpaan yang selama ini kita anggap bukan maksiat dan tidak mudharat. Kita tidak ambil berat tentang didikan agama dan akhlak, tentang budi pekerti dan tatasusila dan tentang Tuhan dan Akhirat.
Rosaknya jati diri para remaja dan muda mudi bermula dari rosaknya jati diri para ibubapa, pemimpin masyarakat, tunggak dan tiang-tiang seri masyarakat,
para cerdik pandai, para ulama dan pemimpin negara sendiri.
para cerdik pandai, para ulama dan pemimpin negara sendiri.
Mungkin bentuk rosaknya tidak sama tetapi tetap rosak. Disebabkan kerosakan jati diri dikalangan pemimpin inilah maka jati diri para remaja dan muda mudi ikut jadi rosak.
Hiburan yang menyentuh akal akan menambah ilmu dan pengalaman. Hiburan yang menyentuh hati akan menambah rasa cinta dan takut kepada Tuhan, seterusnya mencetus rasa keinsafan, keimanan dan ketakwaan. Akan tetapi, hiburan yang menyentuh
nafsu akan merosakkan agama akhlak dan peribadi, wibawa dan jati diri seseorang.
nafsu akan merosakkan agama akhlak dan peribadi, wibawa dan jati diri seseorang.
Ulasan
Catat Ulasan