Firman Allah SWT:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al Israk 17: 82).
(Al Israk 17: 82).
Doktor orang yang bertugas mengubati orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang merawat dan mengubati
penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang persijilan/tauliah khusus.
penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang persijilan/tauliah khusus.
Para Mujaddid, para ulama adalah doktor rohani. Peranan mereka adalah untuk merawat roh manusia. Dengan memberikan ilmu serta memberi bimbingan agama. Para Ulama, mereka adalah pewaris Nabi.Ulama merawat rohani manusia.Doktor merawat penyakit fizikal manusia. Penyakit fizikal tidak membawa manusia membunuh diri. Orang yang kena penyakit rohani boleh membawa bunuh diri. Penyakit fizikal tidak membahayakan orang lain. Penyakit rohani boleh membahayakan orang lain. Tanpa sebab dia boleh mengganggu orang lain. Kerana jiwanya tidak tenteram atau terganggu.
Peranan roh manusia.
Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi hati atau roh yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai yang bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan.Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga, dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.

Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat (ulama suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit.Ulama suk menjual ilmunya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, duit. Kalau dia bercakap bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap mereka menjadi syaitan-syaitan bisu pula.
Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para remaja ia akan menghabiskan masa dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan berseronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka menjadi sampah masyarakat.
Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka kelu- kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.
Demikianlah kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik orang perhatian padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sama sendiri saling benci membenci.Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau roh keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu. Baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun. Bertanggungjawab
terhadap masalah atau pencetus masalah. Menjadi pendamai atau penghuru-hara
dan lain-lain lagi.
dan lain-lain lagi.
Ulasan
Catat Ulasan