MASYARAKAT ADALAH GELANGGANG IKHWAN
Islam itu cantik dan indah. Model keindahan Islam di akhir zaman sudah tiada. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga orientalis, inilah kesempatan bagi mereka untuk menekan, mencemoohkan dan menghinanya. Di akhir zaman ini, dimana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, termasuk diantaranya mengamalkan sunah Nabi.
Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan, dikala kemerosotan iman berlaku diakhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan manusia yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah. Bergelanggang di Tengah masyarakat sebenarnya merupakan proses tarbiah dan didikan yang cukup hebat.
Dari cabaran bergelanggang di tengah masyarakat timbul kekuatan-kekuatan lain. Melalui berdakwah ditengah masyarakat tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita. Contohnya berani, yaitu berani berhadapan dengan tanggungjawab yang diberikan oleh masyarakat.Bila berdepan dengan masyarakat dan kita lihat ada yang melanggar syariat Tuhan ini menguji kesanggupan kita untuk membetulkannya.
Berani berdepan dengan prilaku dan perasaan mereka dan berani berhadapan dengan keluarga dan masyarakat. Bahkan ampun maaf, ramai pendakwah yang hanya menyampaikan tetapi tidak berani membetulkan kesilapan yang berlaku dalam masyarakat. Tidak sanggup bergelanggang ditengah masyarakat karena takut dengan mereka. Takut hilang pengaruh, takut dibenci dan macam-macam perasaan takut yang bemain dihati kita dan lain-lain lagi.
Antara sifat lain lagi yang dapat dibina melalui bermasyarakat ialah sabar. Masyarakat menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam prilaku dan perasaan mereka. Pendakwah atau pemimpin akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spritual. Hati dan roh kita akan terproses sehingga benar-benar dapat Tuhan.
Gelanggang yang membangunkan insaniah kita. Seolah-olah gelanggan ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizik, hati dan nafsu kita.Masyarakat merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran, mujahadah, keadilan serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda, ibadah serta tujuan yang jelas dan tepat yang menjurus kepada mendapatkan redha Tuhan. Oleh itu seseorang yang berjaya melalui ujian bermasyarakat dia akan matang.
Melalui ujian dan tentangan masyarakat yang memang sangat sulit dan sukar, baik kepada masyarakat maka untuk memiliki kekuatan yang lain akan jadi lebih mudah. Seperti ibadah peribadi yang tidak melibatkan orang lain. Membawa masyarakat mencintai Tuhan dan Takutkan api neraka adalah bahan atau modal yang diguna pakai dalam berdepan dengan masyarakat. Akhirnya tercetus satu masyarakat yang berhasil membuktikan keindahan syariat Tuhan iaitu berkasih sayang dan bertolong bantu dalam kehidupan bermasyarakat. Maka sudah tentulah "etnik" ini mempunyai satu kekuatan luar biasa.
Ulasan
Catat Ulasan