MENJAGA IBADAH LEBIH SUSAH.
Beribadah mudah daripada menjaga amal ibadah yang sudah kita lakukan.Sebab itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kits jaga daripada sifat sifatmazmumah di dalam dirikita. Lebih rosak amal ibadah kita, sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal dan ibadah itu.
Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi dalam dia riak, dia masih ujub dan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah sekali.Di sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi.
Kalau begitu, betapalah dengan orang yang tidak beramal ibadah langsung,lebih lebih lagilah tidak selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya kita membangunkan amal ibadah pun,kita patut lagi bimbang kerana untuk mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali.
Manakala kalau kita dapat merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya,tidak sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.
Maka itu, di sini dapatlah kita faham lagi bahawa setiap manusia ini akan diuji oleh Allah SWT, yang mana ujian itu pula adalah berbagai-bagai bentuk dan berbagai-bagai macam. Sedangkan dalam kita melakukan amal ibadah kepada Allah SWT pun, kita tetap diuji. Siapa yang dapat berhadapan dengan ujian-ujian itu, maka berbahagialah dia di akhirat dan siapa yang tidak dapat berhadapan dengan ujian itu, maka sengsaralah hidupnya di akhirat nanti.
Dan orang yang berjaya berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu ialah orang yang dapat melepaskan daripada penipuan. Tetapi orang yang tidak berjaya menghadapi ujian-ujian Allah, itulah orang yang tertipu dengan ujian Allah. Maka itu, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Dan di antara cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri daripada penipuan ini ialah menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang itu mesti ada sifat sedar dan sifat cerdik.
Kata Imam Ghazah, “Anak kunci kebahagiaan di akhirat ialah kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan dunia. Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat itu ialah orang yang mempunyai sifat sedar dan sifat cerdik.
Apakah yang dikatakan sedar di sini?Sedar di sini, bererti sedar bahawa akhirat itulah tempat kembali dan juga sedar bahawa Allah itu maha berkuasa yang mana kuasa Allah itu bila bila masa pun boleh berlaku. Inilah dia orang yang sedar.Kemudian, yang dikatakan cerdik itu ialah orang yang dapat mengelakkan dirinya daripada kecelakaan akhirat dan daripada kecelakaan akhirat dan daripada azab neraka Allah.
Begitu juga, yang dikatakan orang cerdik itu ialah orang yang pandai mencari panduan hidupnya di semua aspek dan di semua bidang agar dia mendapat keredhaan Allah SWT. Orang yang cerdik juga ialah orang yang pandai membuat persiapan diri untuk hari akhiratnya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, Maksudnya: “Orang yang cerdik itulah ialah orang yang dapat memelihara dirinya dan dia bekerja dan beramal untuk selepas matinya.
Dan orang yang dungu itu, ialah orang yang mengakui hawa nafsunya dan dia berangan-angan kepada Allah.” Demikian sabda Rasulullah untuk menceritakan kepada kita bagaimana yang dikatakan orang cerdik itu. Rupa-rupanya orang yang cerdik itu bukan ertinya dapat ijazah universiti, dah jadi profesor dan sebagainya. Tetapi orang yang cerdik itu sebenarnya ialah orang yang dapat memelihara dirinya dari kecelakaan akhirat dan dapat pula mengerjakan amal bakti untuk bekalan selepas matinya.
Dan Rasulullah menyebut didalam hadisnya tentang orang yang dungu atau orang yang bodoh. Orang ini bukan kerana lulus LCE atau SPM atau tidak dapat masuk universiti. Tetapi, kata Rasulullah, orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang hidup mengikut nafsu dan berangan-angan kepada Allah,yakni padanya Allah itu maha pengampun, Allah itu maha Penyayang,maha Pengasih dan sebagainya.
Jadi, baginya Allah tidak akan mematikannya kerana dia masih muda, masih badan sehat dan suka dulu,nanti bila sudah tua barulah mulakan sembahyang, barulah mula puasa dan sebagainya. Waktu ini dia masih muda dan masih lambat lagi mati.Inilah sebenamya sikap orang bodoh. Sebelum ini tadi kita telah katakan bahawa anak kunci kebahagiaan di akhirat itu ialah sedar dan cerdik.
Ulasan
Catat Ulasan