KATEGORI BINA INSAN.
Seorang pendakwah, pemimpin dan ulama, seperti Abuya, mengkategorikan program pembinaan insan kepada beberapa peringkat.Ada program untuk pengisian yang berterusan.
Ada program yang dinamakan pengisian fardhua ain menggunakan beberapa kitab.
Contah pengajian tauhid membuka kitab risalah Tauhid keluaran kerajaan Johor. Pengajian feqah membuka kitab matlailbadrin ( مطلع البدرين ) pengajian tasauf membaca kitab Imam Ghazali.( موعظة الموءمنين )
Bimbingan hidup orang Mukmin.
Para ulama Mujaddid dan mujtahid daripada dahulu lagi Tuhan pimpin mereka dengan memberikan ilmu ilham atau laduni. Daripada ilmu tersebut mereka membimbing masyarakat nya.Namun disetiap zaman ada saja ulama-ulama sezaman mereka yang hasad dengki dengan mereka. Dan melemparkan fitnah keatas mereka.Sehingga ada dikalangan mereja yang dipenjarakan.
Allah telah pandu umat Islam siapa musuh dan siapa sahabat bagi orang-orang Islam. Kejayaan umat Islam bukan disebabkan perjuangan yang lahir saja tetapi ada sebab-sebab yang batinnya. Kejayaan yang diperolehi oleh umat Islam bukan dinilai pada sebab-sebab yang dapat dilihat saja tetapi dinilai juga pada sebab-sebab yang tidak dapat dilihat. Begitulah kemenangan yang berlaku kepada umat Islam dari dahulu hingga sekarang.
Ulangan sejarah ini kita lihat berlaku pada Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi sendiri.Kita ada pengalaman berXPDC bersama dengan Abuya. berXPDC atau bermusafir adalah tradisi orang-orang soleh. Ia boleh menghidupkan insaniah manusia.Pembinaan insan yang teratur dan tersusun membantu kesuburan roh kita.Kekuatan roh akan beri kekuatan pada diri kita untuk buat perubahan.Samaada perubahahan lahir atau perubahan maknawi.
Pembinaan insan boleh dibuat secara rasmi dan tidak rasmi. Contoh rasmi kita ikuti program yang telah dijadualkan di surau atau masjid. Contoh yang tidak formal ialah dengan kita lakukan XPDC, didalamnya akan berlaku bermacam-macam perkongsian. Sekaligus adalah pengisian tidak formal.
Melalui program rasmi dan tak rasmi tujuannya dapat membantu kita suburkan rasa kehambaan.Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada diri seseorang muslim itu ia akan menghilangkan @ memusnahkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah Tuhan perintahkan keatas diri manusia.
"Mengusahakan taqwa erti nya mengusahakan agar
hadirnya rasa-rasa dalam hati kita iaitu rasa insaf, bertimbangrasa,rasa kesabaran, rasa hamba, rasa
lemah,rasa lembut hati, lapang dada dan bertolak-ansur.Muhasabah telah menjadi budaya salafussoleh untuk baikki diri.
Ulasan
Catat Ulasan