Apakah persiapan yang kita
lakukan sekarang dari era jemaah kepada era yang lebih besar iaitu era empayar Islam.Sebab itu kita janganf fikirkandiri semata. Abuya
Imam Ashaari Muhammad At Tamimi telah banyak bekalkan kita ilmu dan panduan.
Muhasabah adalah
persiapan penting untuk kita mengharungi era ummah Islamiyyah. Kita telah mengharungi bersama Abuya era toifah dan kini kita sedang menuju era Imam
Mahdi. Iaitu era perjuangan
bertaraf global.
Contoh Abu Ayub Al-Ansari menunggu ratusan tahun untuk terbukanya Kota Konstantin di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ribuan batu jauhnya jarak Madinah ke Konstantin. Di usia lanjut beliau pergi membenarkan kata-kata Baginda saw. Namun bukan di tangannya Allah berikan. Dia dapat satu pahala. Pahala membenarkan hadis Nabi Muhammad saw.
Setelah itu umat Islam mendapat kekuatan daripada perjuangan Abu Ayub dan para sahabat yang lainnya. Masing-masing berjuang bukan untuk berperang namun menyiapkan generasi masyarakat Islam.
Masing-masing berharap dari keturunan merekalah yang disebut dalam hadis Rasulullah saw. Ratusan tahun mereka mencuba, sampai usia lanjut usia mereka mencuba dalam masa sama generasi terus dipersiapkan.
Hadis Nabi benar. Ia pasti berlaku. Benar! 700 tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad saw terbuka Kota Konstantin! 700 tahun!
Kita juga sedang buat persiapan generasi Islam yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Kita tidak tahu bila tapi kita pasti dan yakin bahawa Janji Allah tetap akan berlaku. Cuma kita tidak tahu siapa di kalangan kita, bila masanya dan kita hanya pasti persiapan perlu diteruskan!
Zalimlah kita jika tidak siapkan generasi seterusnya. Barangkali jika umur tidak panjang apakah anak-cucu kita terkontang kanting, terbiar tanpa panduan dan bimbingan?
Ulasan
Catat Ulasan