Langkau ke kandungan utama

ALLAH BERPERANAN DALAM HIDUP KITA.





Orang mukmin sentiasa rasa dirinya di awasi dan di pantau oleh Tuhan. Orang mukmin sudah sangat terasa ke dalam jiwanya kebesaran Allah hingga berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Kalau pengaruh kebesaran Allah sudah sangat terasa ke dalam jiwa kita maka kita berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Misalnya bila kita sedang makan tiba-tiba ada harimau, apakah rasa ingin makan masih ada ? Tentu rasa takut dengan harimau lebih besar mempengaruhi jiwa kita daripada rasa ingin makan. Contoh lain, bila kita sayang dengan anak bungsu tiba-tiba dipisahkan tentu akan terkenang selalu. Begitu juga si anak, bila ibunya di rumah sakit, walaupun dia berada di rumah tentu hatinya teringat dengan ibunya.

Kalau ingat Allah itu masih di akal, ketika kita berfikir hal lain, maka ingatan kepada Allah akan hilang. Sebab itu Allah mesti dirasakan dengan hati, sehingga walaupun akal berfikir hati selalu terkenang dengan Allah. Orang yang mabuk dengan Allah, hingga tidur pun masih terbawa rasa bertuhan. Walaupun fizikalnya tidur, tapi hatinya bekerja. Begitu juga ketika fizikalnya sibuk dengan manusia tetapi hati tetap terhubung dengan Tuhan. Orang mukmin itu berwibawa di segani oleh kawan dan lawan mampu memberikan keperluan rohani manusia yang asas iaitu menanamkan rasa cinta dan takutkan Tuhan dan beri kasih sayang. Sikap tersebut berterusan dan bukan dilakon-lakon ianya mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah. Dalam sembahyang kita memuja dan memuji Tuhan. Kita kata Tuhan Maha Besar. Kita akui Tuhan Maha Suci. Kita akui Tuhan pentadbir dunia dan Akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. 



Orang mukmin mendapat kekuatan kerana sangat bersandar dengan Tuhan. Dia merasakan Allah sentiasa bersamanya. Dari situ dia mendapat kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-persatu. Hasilnya, peribadinya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia yang mendekatinya. Rasa terhubung dengan Tuhan menjadikan orang mukmin punya kekuatan untuk mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya. Orang mukmin mulakan model Islamic way of life yang praktikal untuk difahami, diyakini dan diamalkan. Itulah rahsia orang mukmin dapat mencetuskan kebangkitan di Timur, ialah apa yang diperjuangkan kepada masyarakat perkara yang sama dia pastikan kepada keluarganya di perjuangkan sama. 



Kita bila bergelanggang di tengah masyarakat mudah mendapat populariti sedangkan bila perjuangkan perkara yang sama pada keluarga sendiri tidak gelimour. Tetapi bagi orang mukmin yang benar-benar membela Allah dan Rasul tetap sama terus diperjuangkan. Rahmat dan kasih sayang Tuhan Dia minta kita bertemu di dalam solat, kerana melalui solat ibarat kenderaan baterinya dicaj untuk kenderaan berfungsi dengan baik semula. Hati kita dicaj semula ketika solat dan memulihkan kuasa kembali dan kenderaan dapat berfungsi dengan baik semula. Solat atau sembahyang itu, Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat hebat. Kita akan dapat merasakan bahawa Tuhan itu hebat. 



Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan bagaimana wujud-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kekuasaan-Nya. Terasa oleh kita akan kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati.




Kita memiliki Tuhan yang IlmuNya meliputi dahulu dan kemudian. IlmuNya sediakala dan tidak terbatas, tidak terlindung. Dia hidup sepanjang masa. Kerana Dia bukan hidup dengan nyawa. Dia mendengar jauh dan dekat, bersuara atau tiada. Juga melihat apa sahaja tanpa batas. Setelah kita mengetahui sifat-sifat Tuhan itu sungguh agung-Nya Dia. Maha Besar dan Maha Hebat kecut perut dibuatnya. Kita memiliki Tuhan yang Maha Hebat dan Maha Besar. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman