PEMBANGUNAN MATERIAL MEMUSNAHKAN JATI DIRI.
Maksud firman Tuhan:
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang membersihkan (hati/roh/nafsu) dan kecewalah siapa yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10).
Hari ini terlalu ramai manusia memikirkan pembangunan yang semakin hari semakin memusnahkan iaitu pembangunan fizikal atau kebendaan hingga melupakan pembangunan yang penting yang menyumbang kepada modal insan berkualiti iaitu PEMBANGUNAN JIWA ATAU ROH. Pembangunan fizikal atau lahiriah tanpa bertunjangkan pembangunan jiwa akan kecundang akhirnya. Mengapa pembangunan jiwa atau roh sangat penting?
Pembangunan jiwa (roh) ertinya membersihkannya daripada sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat batin yang terkeji seperti bakhil, sombong, tamak, cinta dunia, hasad dengki, adu domba dan lain-lain, kemudian digantikan dengan sifat- sifat mahmudah iaitu sifat-sifat batin yang terpuji seperti pemurah, pemalu, sabar, kasih sayang, cinta Akhirat dan lain-lain. Siapa yang berjaya membersihkan hatinya (roh) itulah orang yang mendapat kemenangan yang akan memperolehi Syurga di Akhirat kelak.
Ulasan
Catat Ulasan