Langkau ke kandungan utama

BUKAN MUDAH UNTUK MENZALIMI ORANG LAIN.






Bukan mudah untuk menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri dimuka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindunginya. Kita tidak boleh berbuat sembarangan terhadapnya. 


Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dua perkara telah berlaku sebelum itu. Pertama, dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya. Disebabkan kemurkaan Tuhan itu, maka didorong-Nya orang itu berlaku zalim kepada orang lain. Dengan itu dia terjebak lagi dengan dosa dan bertambah murka Tuhan kepadanya.


Kedua, orang yang kena zalim pula telah berbuat sesuatu yang menyebabkan Tuhan kasih dan sayang kepadanya. Kerana kasih sayang itu, maka diizinkan-Nya orang lain berlaku zalim terhadapnya. Maka dengan itu bertambahlah pahalanya dan bertambahlah kasih sayang Tuhan kepadanya. 


Maka orang yang menzalimi orang lain harus sedar bahawa kezalimannya adalah berpunca dari dosanya sendiri dan bukan salah orang yang dizalimi. Kezalimannya itu hanya menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Lagi banyak dan dahsyat kezalimannya, lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim makin bertambah geramnya, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim, mahu lebih zalim lagi. Dia tidak puas dimurka Tuhan. 


Alangkah dahsyatnya orang yang menzalimi orang lain. Dia sangka dia hanya berhadapan dengan orang yang dia zalimi tetapi sebenarnya dia berhadapan dengan Tuhan sendiri. Dia hendak tunjuk dan pamerkan kezalimannya kepada Tuhan agar Tuhan murka dan melaknatnya. Begitu angkuh dan sombong dia dengan Tuhan. Dia tidak sedar yang dia sedang  menentang dan berperang dengan Tuhan bukan dengan orang yang dizaliminya. Orang yang dizalimi itu hanya ijadikan sasaran oleh Tuhan supaya dicurahi rahmat dan kasih sayang-Nya.


Bagi yang kena zalim pula, dia tidak rugi apa-apa. Dia dapat berbagai-bagai kebaikan. Dapat pahala dan dapat kasih sayang Tuhan. Tidak salah kalau dia berterima kasih kepada orang yang menzaliminya. Setidak-tidaknya memaafkan dia. Sebab, kerananyalah dia dapat pahala dan kebaikan. Kalau ikut kaedah dan adat perniagaan, dia patut berikan hadiah kepada orang yang menzaliminya kerana telah menyebabkan dia mendapat untung yang banyak.


Kalau dia beribadah seperti solat, puasa, bersedekah, menderma dan sebagainya belum tentu dapat pahala yang banyak kerana semua ibadah itu mudah dicelahi dengan riyak,ujub dan sum'ah. Ini semua merosakkan pahala ibadah. Tetapi pahala yang Tuhan bagi melalui ujian dan kesusahan kerana dizalimi orang tidak dicelahi dengan riyak. Ibadah seperti ini lebih selamat.


Orang yang menzalimi orang lain tidak akan senang dan puas hatinya. Dia akan berlaku zalim sampai kekemuncak
Kezalimannya. Apabila saat itu, Tuhan akan hempuk dia dengan sekeras-kerasnya kerana kezalimannya itu bukan masalah antara dia dengan makhluk tetapi antara dia dengan Tuhan. Dia sebenarnya melawan dan bermusuh dengan Tuhan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman