Langkau ke kandungan utama

RAJA DAN RAKYAT IBARAT AUR DENGAN TEBING.

RAJA DAN RAKYAT IBARAT AUR DENGAN TEBING.





Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, 
dan Yang di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Hubungan raja dengan rakyat umpama aur dengan tebing. Hubungan raja dan rakyat yang akrab, rapat dan erat. Kerjasama yang utuh antara raja dan institusi raja.



Aur bererti buluh atau bambu, iaitu sejenis tumbuhan berongga dan beruas serta mempunyai batang yang keras. Ia antara tumbuhan yang memerlukan air yang banyak untuk hidup subur, justeru pokok buluh atau aur biasa dijumpai di tebing (pinggir atau tepi) sungai. Dengan tumbuhnya aur atau pokok buluh yang mencengkam, maka tanah tebing tidak mudah poros dan ditolak air yang mengalir deras (contohnya ketika hujan lebat), masuk ke dalam sungai. Tanpa ‘cengkaman’ aur yang menyokongnya sudah pasti tebing akan mudah runtuh!Sebaliknya, tanpa tanah tebing yang menyediakan ruang untuknya sudah tentu aur tidak akan mampu untuk bertumbuh dengan subur dan mekar.



Allah yang Maha berkuasa ada cara melakukan perubahan terhadap kehidupan manusia. Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Hari ini, bukan sahaja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut, bimbang, cemas dan risau mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua. 



Kemahuan Keamanan dan keadilan sudah semakin kuat di hati rakyat yang berbilang agama dan bangsa. Situasi politik dalam negara semakin panas. Inilah suara rakyat sekarang sama ada diluahkan atau hanya disimpan di lubuk hati. Cuma kehendak itu belum sistematik. Fikiran dan hati mereka masih bersipang siur dengan pelbagai masalah. Mereka mahukan keamanan dan keadilan tapi belum nampak jalan. Hati rakyat umpama tanah subur yang sudah digembur, cuma menanti ditanam dengan biji benih untuk tumbuhnya pohon Kebenaran yang rendang.



Perpaduan itu satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil dari perpaduan. Rakyat yang bersatu-padu, bertolong bantu, bela membela, berkasih sayang, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Negara menjadi kukuh dan kuat. Apa sahaja yang hendak dibuat atau dilaksanakan menjadi mudah kerana semua pihak bersetuju rasa bersama dan bekerjasama. Keselamatan negara terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugat rakyat yang bersatu-padu. Kalaupun ada, ianya mudah dihadapi dan diselesaikan.

     
               
Maksud firman Tuhan: Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah,2:157).



Demi keadilan Allah, di dunia lagi Allah sudah perlihatkan bahawa sebesar mana ujian, sebesar itu pulalah bantuan dan pertolongan-Nya pada negara. Sejak dulu hinggalah sekarang, bantuan Allah tidak henti hentinya dan makin luar biasa. Di antaranya Melayu yang menerajui negara yang pelbagai bangsa dan agama dapat hidup aman dan damai. Masa yang sama ada negara Islam di tempat lain yang sama bangsa dan agama berperang satu sama lain contoh di Timur Tengah. Aktiviti Islam yang di lagang penerimaannya semakin besar dan meluas. Kalau dulu orang perempuan yang memakai jilbab di anggap ketinggalan zaman tetapi sekarang diperagakan oleh artis dan iklan jilbab dimedia cetak dan elektronik perdana. Syarikat dalam dan luar negara berebut mengambil artis untuk memperagakan produk masing masing seperti jilbab, jubah lelaki dan jubah perempuan. Negara menjadi tempat rujuk produk halal diperingkat antarabangsa. Produk halal dan sunnah terpampang di papan-papn iklan di lebuh raya utama. Peluang dan tawaran melakunkan drama atau filem berdasarkan syariat semakin mendapat tempat.



Model cara hidup Islamic Malaysia sekarang ianya sudah diterima di peringkat dunia sejagat. Model Islam di Malaysia ia telah menjadi rujukan di kalangan negara-negara Islam OIC. Bukan setakat ekonomi Islam tetapi juga dibidang-bidang yang lain. Malaysia merdeka pada tahun 1957, banyak memainkan peranan dan terlibat secara aktif dalam arus kebangkitan semula Islam. Kini Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur. Kerajaan tanah Melayu melalui sistem raja telah lama ada hubungan dengan Empayar Usmaniah Turki. Sekarang Turki moden banyak meminta pertolongan dari kerajaan Malaysia. Bahkan kini hubungan Malaysia dan Turki bertambah erat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman