Langkau ke kandungan utama

BARCELONA DI KENALI DENGAN MEDAN BOLASEPAK.


Barcelona adala nama sebuah Wilayah yang terdapat di Spain. Ketika bermusafir dengan Abuya ke Spain terpindah rasa kebesaran Allah. Membesarkan Allah di mana jua dengan siapa juga. Orang mukmin setiap yang dilakukan tak terpisah dengn Tuhannya. Allah sentiasa dalam ingatan. Ketika bersama keluarga, dibawa mereka merasakan kehebatan Allah, kebaikan dan pemurahnya Allah pada kita. . .



Ketika di Barcelona Abuya berjaya menghidupkan jiwa kami.Wilayah tersebut  berada di Selatan Spain. Semasa kami di bumi yang digelar pusat  gelanggang bola sepak dunia, orang tempatan tercengang keheranan. Ada yang memanggil kami Arab, Arab...dan ada yang pelik, mungkin melihat wajah kami bukan orang Arab. Berpakaian seperti di Timur Tengah berjubah dan berhijab atau niqab.



Ustaz disekolah agama bercerita
ketika saya zaman kanak-kanak,  bahawa mereka orang-orang Kristian cuba menanamkan kebencian dalam masyarakat terhadap umat Islam. Dengan melalui bola dijadikan simbol seolah-olah bola itu kepala umat Islam. Selayaknya hanya ditendang dan dilambung. Perkara yang sama mereka lakukan ketika menjajah umat Islam di Filipina.



Pada zaman Khalifah Umar
bin 'Abdul Aziz, selain usaha penyebaran dakwah, pengembangan ilmu juga dititikberatkan. Ilmu falsafah
diperingkat awal era zaman pemerintahan Bani Umayyah
belum diajar; ia hanya diajar pada zaman Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Mata pelajaran falsafah mula dapat perhatian disebabkan ramai bangsa asing dari Eropah dan Asia masuk Islam. Bangsa Yunani memang sudah terkenal dengan bidang falsafah sejak Plato lagi.
Islam pernah bertapak disana selama 700 tahun. Islam pernah berpusat di Barcelona Spain. Pengembangan aktiviti dakwah terus berkembang
hingga ke Perancis. Diantara negara Spain dan Perancis terdapat sebuah negara yang Portugal berasal daripada perkataan Arab iaitu "Burtuqal" ejaan Arabnya ialah " برتقال . Maksudnya buah limau. Ia diberi nama oleh orang Arab.



Abuya pernah mengirim orang-orangnya ikut serta dalam expo di Perancis. Kalau sebelum ini Islam datang daripada Morocco ke Spain dan Perancis dan kini dakwah Abuya datang dari Timur ke Spain dan Perancis.Ramai yang tertarik dengan pendekatan dakwah Abuya
Pendekatan memperjuangkan Islam melalui wadah gerakan dakwah boleh diteima di Eropah.



Para IKHWAN yang pernah digambarkan oleh Rasul bilangan mereka tak ramai. Diseluruh dunia hanya ada bilangan tentera Basar iaitu 313 orang sahaja. Mereka satu golongan yang sangat dirindui oleh Rasul. Nisbah kekuatan mereka ialah seorang menyamai sepuluh orang. Ertinya orang biasa hanya mampu lakukan satu perkara saja sedangkan ikhwan mampu melakukan sepuluh perkara.



".....Ikhwan itu tapisan atas tapisan
........ mereka tidak putus-putus kerinduan menunggu bantuan Allah boleh buat kemenangan besar sesaat lagi."
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...