KASIH SAYANG KUNCI
PERPADUAN SEJAGAT.
Misi kasih sayang yang Abuya perjuangkan diterima oleh Istana era Pak Harto. Kemudian di susuli pula oleh Istana Malachanang Filipina.Jadi misi kasih sayang yang dibawa oleh Abuya tepat pada masanya.Negara Filipina sedang berhadapan dengan bibit-bibit kehancuran dan semakin berleluasa dikalangan penduduknya.
Kedatangan Abuya bukanlah dengan tangan kosong tetapi membawa minda untuk menyelesaikan masalah umat manusia.Maka tidak hairanlah kedatangan Abuya disambut dengan barakah dan kejadian yang sungguh luar biasa. Ianya belum pernah berlaku kepada mana-mana peminpin Islam yang lain.
Dalam masa seminggu saja tiga keluarga memeluk agama Islam di tangan Abuya di sebuah negara yang kuat berpegang dengan agama roman katolik. Abuya
datang membawa identiti
yang tersendiri itu nampak
nya memikat hati orang ramai untuk mendekati Islam yang Abuya perkenalkan.
Kalau dalam tempoh satu minggu pelbagai kejadian luar biasa telah berlaku. Bagaimana rasanya kalau Abuya berada di Filipina dalam tempoh yang lama?
Bumi Filipina akan berubah wajah. Begitulah rahmat yang dibawa oleh Abuya. Bagi menjadikan bumi Filipina mendokong kebangkitan semula Islam di Malaysia sebagai tapak timur.
Yang pastinya kehadiran Abuya di Filipina diterima oleh semua lapisan masyarakat dan agama. Benarlah agama Islam itu agama yang dapat menyatukan manusia. Kerana Islam itu agama yang
membawa kesejahteraan, rahmat dan keselamatan
kepada semua umat manusia.
Kol. Napoleon Castro, ketua
keselamatan Gereja Inglesia ni Cristo di Filipina, gembira dapat sentuhan fitrah dari Abuya. Beliau yang merupakan pegawai tinggi polis , yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas 10 ribu pengikut gereja berkenaan. Mereka berpegang kepada mazhab baru Kristian yang menolak patong dan palang salib.Moga Filipina berubah wajah hasil cetusan kasih sayang yang Abuya bawa.
Ramai orang bercakap mengenai iman, tetapi amat sedikit yang benar-benar beriman. Kekentalan iman menjadikan Abuya yakin dengan Islam yang diperkenalkan di bumi penganut rasmi Kristian. Justeru dapat meyakinkan mereka agama yang Abuya bawa dapat selesaikan kekusutan mereka.
Walaupun pembangunan hidup dan kemajuan kebendaan telah sampai ke kemuncaknya, tetapi pembangunan Insan semakin runtuh. Dunia makin dipenuhi insan yang miskin dengan akhlak dan budi.Untuk keluar dari kemelut ini,bererti wajib menanam Iman kembali kepada diri, keluarga
dan masyarakat manusia.
Ulasan
Catat Ulasan