IBADAH TIDAK RASMI.
Tuhan jadikan jin dan manusia dengan tujuan untuk beribadah.
Ibadah yang rasmi sehari semalam hanya lima kali. Sekali kita lakukan
ibadah katalah ambil masa 10 minit. Dalam sehari semalam lima kali ertinya ambil masa hanya 50 minit. Masa berbaki lagi sehari semalam ialah 23 jam 10 minit. Masa yang berbaki untuk tujuan apa?
Sedangkan tujuan Tuhan ciptakan kita untuk beribadah kepadanya. Dalam mengungkai perkara tersebut Abuya beri panduan kepada kita iaitu kita banyakkan amalan-amalan tidak rasmi.
Jadual yang telah Tuhan tetapkan yang rasmi hanya lima kali sehari semalam.
Jadual yang telah Tuhan tetapkan yang rasmi hanya lima kali sehari semalam.
Kalau kita peka kepada amalan yang tidak rasmi terlalu benyak. Contoh apabila masuk ke rumah kita lihat kasut dan selipar bersipah, kita boleh susun sebelum masuk ke rumah. Hanya ambil masa beberapa minit sahaja. Bukan saja mata berasa tenang dan hati berasa lega.Di nilai sebagai
ibadah pula.
ibadah pula.
Apabila kita berada dijalan raya, kita lihat duri dijalan kita ambil dan buang ke tempat sampah. Begitu juga lihat orang hendak melintas kita beri laluan. Kalau kita tidak perlu segera berkejar masa beri laluan kenderaan lain yang mungkin lebih perlu segera kita beri laluan mudah untuk mereka memotong kita.
Kita pergi ke surau atau ke masjid didapati bilik air tidak bersih, paling kurang bilik air yang kita gunakan ambil peluang bersihkan. Kita bertemu dengan manusia limparkan senyuman. Begitulah contoh-contoh yang lain.
Ramai orang tahu tentang lahir ibadah, misalnya rukun dan syarat sah batal sesuatu ibadah. Akan tetapi tidak ramai orang tahu akan tujuan ibadah itu. Ibadat-ibadat dalam Islam bukan untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala atau fadhilat. Ia bukan sekadar upacara-upacara untuk menyembut atau meraikan satu-satu peristiwa.
Ia sebenarnya : program-program hidup yang di atur dan disusun sebegitu rupa untuk meningkatkan rohani manusia. Untuk membersih
kan hati manusia. Ibadah untuk membangunkan insaniah manusia. Ibadah untuk membina akhlak manusia. Pembinaan akhlak manusia dengan Tuhan dan dengan manusia.
kan hati manusia. Ibadah untuk membangunkan insaniah manusia. Ibadah untuk membina akhlak manusia. Pembinaan akhlak manusia dengan Tuhan dan dengan manusia.
Ibadah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan semulajadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Ibadah dalam Islam sebenarnya mendidik manusia.
Ia membentuk peribadi kita.
Buah ibadah ialah akhlak dan akhlak ialah bunga diri.
Ia membentuk peribadi kita.
Buah ibadah ialah akhlak dan akhlak ialah bunga diri.
Ulasan
Catat Ulasan